Pelakon senior yang terkenal dengan watak jahatnya, Jo Jae Hyun mahu memfailkan writ di mahkamah mengatakan bahawa pengakuan tertuduh bernama A yang mengatakan bahawa dia pernah dirogol pada tahun 2004 lalu adalah salah dan diluar daripada konteks. Sebelum ini, Jo Jae Hyun menafikan bahawa dia pernah merogol A tapi kelakuan seksual antara mereka itu mungkin dibuat secara sukarela. Kesalahan rogol kanak-kanak bawah umur ditakrifkan sebagai paedophilia.
Terdahulu, akhbar Ten Asia melaporkan kenyataan daripada seorang yang dinamakan sebagai A berkata, ” Aku pernah diperkosa oleh Jo Jae Hyun sewaktu ku berusia 17 tahun pada tahun 2004. Sejak dari itu, aku seringkali mengalami kejutan psikologi.”
Jo Jae Hyun yang pernah merangkul Best Supporting Actor 4th CARI Kdrama Awards menerusi drama SBS Punch ini juga pernah dituduh melakukan hubungan seks secara paksaan kepada aktress Choi Yul pada 24 Februari lepas sebelum mengakunya pada keesokan harinya. Rentetan daripada itu, sebilangan wanita tampil mendesak Jo Jae Hyun untuk turut mengaku atas dakwaan rogol mereka bertepatan dengan kempen #MeToo yang dilancarkan.
Sumber: stoo.asiae