Agak mengejutkan kerana Han Ji Min sudah pun pertimbang projek seterusnya ketika sedang membintangi drama tvN Familiar Wife bersama Ji Sung pada masa ini. Pelakon yang pernah tercalon Best Actress 1st CARI Kdrama Awards ini akan bergandingan dengan Nam Joo Hyuk pula. Alamak, noona-dongsaeng lagi sekali ke?
Drama yang diberi tajuk ‘Dazzling’ berkisarkan tentang seorang lelaki berusia 26 tahun yang tak tahu menggunakan peluang ‘masa’ diberikannya kepadanya oleh gadis berusia 25 tahun yang tinggal bersamanya. Nam Joo Hyuk dan Han Ji Min masing-masing ditawarkan watak lelaki dan gadis berkenaan manakala Kim Hye Ja, pemenang Best Supporting Actress 4th CARI Kdrama Awards menerusi drama KBS Unkind Ladies sebelum ini, akan memegang watak seorang yang boleh mengawal ‘masa’ kejadian. Premis drama ini mengingatkan penulis pada genre rentas masa yang selalu dimainkan di dalam drama korea sebelumnya.
Lagi memeranjatkan apabila dikira usia sebenar pelakon Han Ji Min yang akan menjayakan watak gadis berusia 25 tahun ini. Mungkinkah dia pada asalnya merupakan seorang wanita di pertengahan usia tetapi telah memberikan hak ‘masa’ nya kepada seorang lelaki muda yang akhirnya akan mensia-siakannya?
Apapun, jtbc ‘Dazzling’ akan mendapat sentuhan sutradara Kim Seok Yeon yakni pengarah jtbc Listen To Love , atau dikenali sebagai jtbc Wife’s Having an Affair this Week dan akan disiarkan pada awal tahun hadapan.
Sumber: xsportnews