Wanna One terbubar secara rasmi menjelang Jan 2019?

Masa semakin suntuk untuk Wanna One melabuhkan tirainya secara rasmi. Berita pembubaran mereka pastinya bakal meragut jantung peminat-peminatnya terutamanya kalangan mereka yang belum puas dengan kelibat Wanna One di dalam industri kpop ini. Wanna One merupakan sebuah kumpulan Kpop agak popular di Korea, malah amat dikenali di Malaysia dan baru saja mengadakan konsert kali keduanya di Malaysia baru-baru ini. Ia dibarisi dengan ahli-ahli yang direkruit melalui program realiti tv, Produce 101 pada tahun 2016.

Lazimnya, semua ahli kumpulan akan diwakili dengan satu agensi tapi ianya tidak buat Wanna One.  Hal ini kerana sesetengah dari mereka telah pun mempunyai kontrak langsung dengan agensi hiburan tertentu sebelum menyertai Produce 101, dan menandatangani perjanjian baru dengan CJ E&M dan YMC Entertainment untuk menubuhkan Wanna One. Contohnya, Hwang Min Hyun dan Ha Sung Woon masing-masing dipinjamkan sementara dari kumpulan asal mereka, yakni NUEST dan HotShot. Hal ini juga telah membangkitkan isu ahli-ahli Wanna One yang menerima bayaran ciput dan telah menjadi perbahasan dalam kalangan peminat mereka yang disebabkan oleh berbagai-bagai orang tengah, yakni agensi hiburan, yang mendapat pulangan laba lebih banyak berbanding mereka.

 

Pelbagai orang-orang tengah inilah seterusnya telah menyulitkan proses untuk memanjangkan tempoh kontrak yang sepatutnya berakhir pada Disember 2018. Malah, pandangan setiap ahli kumpulan juga perlu diambil kira. Proses perpanjangan kontrak ini dijangka akan dipercepatkan sebaik saja mereka selesai menyertai  konsert jelajah rasmi di beberapa buah negara di seluruh pelusuk dunia.

Agensi hiburan Swing yang mewakili Wanna One dan CJ E&M sejak 1 Jun 2018 lepas mengesahkan bahawa mereka belum mencapai kata putus dengan agensi hiburan yang dimaksudkan, dan djangka akan melepaskan salah seorang ahlinya sebelum konsert akhir mereka menjelang Jan 2019. Ada antara mereka berpendapat kehilangan dua atau tiga orang ahli tidak perlu dijadikan bebanan untuk Wanna One diteruskan, tapi mungkin mereka terpaksa bernaung di bawah jenama atau label yang baru. Jadi persoalannya, mampukah peminat menerima hakikat bahawa Wanna One akan terbubar tak lama lagi? Kata orang, kita kena tetap ‘move on’.

Sumber: xsportnews