(Gempar) Pelakon Jo Min Ki meninggal dunia

Pelakon Jo Min Ki dilaporkan telah meninggal dunia.

Menurut laporan pada 9 Mac, Jo Min Ki ditemui mati pada jam 4.00 petang KST di bilik stor bawah apartment oleh isterinya, yang telah menghubungi pihak polis. Pelakon tersebut telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sesi soal jawab yang akan dijalankan pada 12 Mac depan di Balai Polis Cheongbuk berhubung penyiasat kes gangguan seksual terhadapnya.

Februari lalu, bekas pelajar Universiti Cheongju menuduh Jo Min Ki melakukan gangguan seksual ketika menyandang jawatan professor di institusi tersebut. Berikutan tuduhan yang pertama, 20 orang wanita lagi telah memberi pernyataan kepada polis berkaitan kes yang sama melibatkan pelakon tersebut. Jo Min Ki juga telah membuat pernyataan maaf secara rasmi.

Jo Min Ki mula debut menerusi  filem ‘Death Song’ pada tahun 1991, dan dia menjadi terkenal dengan perwatakkannya menerusi drama Love and Ambition’, ‘East of Eden’, ‘Queen Seondeok’, dan ‘Flames of Desire’.

Stay tune for more updates!

Sumber : Allkpop

loading...