Lee Jun Ki sah jadi peguambela dalam tvN Lawless Lawyer

Lee Jun Ki telah mengesahkan pembabitannya dalam siri terbaru tvN yang bakal diarahkan oleh Kim Jin Min, yakni PD drama popular lakonan beliau sebelum ini melalui MBC Time Between Dog and Wolf. Ini gandingan pertama Lee Jun Ki dengan pengarah berkenaan selepas  sebelas tahun.

Lee Jun Ki akan membawakan watak peguambela bernama Bong Sang Pil yang akan buat apa saja untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku pada ibunya. Bermula sebagai bekas penyangak, Bong Sang Pil kemudiannya mengambil keputusan menjadi peguam setelah melihat kerjaya berkenaan mampu menjatuhkan mereka berkuasa. Bong Sang Pil berjaya menang beberapa kes sivil menjadikan dia peguambela yang agak ditakuti.

Pengarah Kim Jin Min memuji keberkesanan Lee Jun Ki dalam mempunyai tarikan “visual” yang selaras dengan lakonannya penuh dramatik seperti apa yang beliau lihat semasa debut nya dulu menjadikan pemilihannya sesuatu yang dinantikan beliau.  tvN Lawless Lawyer ditulis oleh pemenang Best Screenplay Grandbell Film Awards untuk filem Attorney, Yoon Hyun Ho yang turut dikenali dengan cetusan skrip drama siri SBS Remember: War of The Son lakonan Nam Gong Min, pemenang Best Supporting Actor dan juga Yoo Seung Ho. Pengarah Kim Jin Min turut menyenaraikan Seo Ye Ji, pelakon muda yang berbakat dan masih dipertimbangkan beliau.

tvN Lawless Lawyer akan disiarkan pada Mei ini selepas tvN Live.

Sumber: hyundainews , xsportnews

loading...