Ganti Go Hyun Jung dengan Park Jin Hee tetap keputusan betul, malah melonjakkan rating SBS Return lagi

Di sebalik keputusan pihak produksi SBS yang terpaksa mencari pelakon ganti buat Go Hyun Jung yang meninggalkan set penggambaran setelah berselisih faham dengan pengarah drama itu, ramai menganggap ia suatu keputusan drastik yang mungkin boleh merugikan SBS bila-bila masa saja tetapi tampaknya “ratings” menunjukkan keputusan mereka adalah betul.

Minggu lepas, episod 15 menunjukkan peningkatan ketara daripada 12% kepada 17% dalam episod 16 berikutnya apabila kemunculan Park Hin Jee di beberapa minit terakhir drama yang menyerlahkan emosi Choi Jae Hee membuatkan penonton tak senang duduk.  Episod 17 dan 18 malam ini dijangka akan mengupas rahsia yang dipegang oleh Choi Jae Hee dalam menyelongkar kejadian bunuh-membunuh dilakukan oleh suspek daripada kalangan elit.

SBS Return  ditayangkan setiap Rabu dan Khamis di Korea manakala di Malaysia pula, pada setiap Khamis dan Jumaat , jam 7.55 malam menerusi Astro OneHD 392. Ia berkisarkan tentang seorang bekas peguam bernama Choi Ja-Hye (lakonan Gong Hyun Jung/Park Jin Hee), yang akhirnya menjadi produser TV disebabkan suatu peristiwa menyedihkan berlaku ke atasnya. Beliau bertanggungjawab menyelia program tv yang akan mencari pembunuh sebenar yang disangkakan wujud dalam kalangan rakyat Korea tak kira golongan elit mahupun marhaen biasa.

Sumber: joynews

loading...