Joo Sang Wook & Yoon Shi Yoon berebutkan perempuan sama dalam drama saeguk TV Chosun?

Dari kiri: Joo Sang Wook, Jin Se Yeon, Yoon Shi Yoon

Pihak produksi drama saeguk “Grand Prince” yang akan diterbitkan cenel  TV Chosun khabarnya sedang memilih kedua-dua pelakon, Yoon Shi Yoon dan Joo Sang Wook untuk berlakon menjadi putera kerabat Joseon masing-masing mempunyai keinginan untuk menjadi raja di kemudian hari.

Watak yang bakal dibawa oleh Joo Sang Wook ialah seorang putera raja yang sangat bercita-cita tinggi, melakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa sehingga sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana merebutkan perempuan yang sama dicintai oleh adiknya sendiri. Wataknya sedikit mirip dengan Lee Bang Won, raja Taejong terkenal pada zaman Joseon.

Yoon Shi Yoon pula akan menjadi putera Hwi , adik kepada watak yang dilakonkan oleh Joo Sang Wook juga mencintai wanita yang sama disukai abangnya.  Wanita tersebut akan dilakonkan oleh Jin Se Yeon. Ketiga-tiga mereka masih belum mengesahkan penglibatan mereka dalam projek ini kerana sedang pertimbangkan tawaran berkenaan.

Joo Sang Wook yang tercalon Best Supporting Actor dalam 2nd Cari Kdrama Awards ini dan Yoon Shin Yoon masing-masing pernah membintangi drama jtbc Fantastic dan jtbc Mirror of The Witch sebelum ini, maka ini merupakan drama pertama mereka di cenel kabel selepas setahun. Ini juga merupakan drama pertama Joo Sang Wook setelah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Cha Re Yeun dan juga drama pertama Yoon Shi Yoon selepas berlakon sebagai idol dalam KBS The Best Hit arahan Cha Tae Hyun.

TV Chosun “Grand Prince” diarahkan oleh PD Kim Jung Min (KBS Princess Man) dan ditulis oleh Jo Hyun Jung (jtbc Maids). Ia akan disiarkan pada awal Jan depan.

Sumber: xsportnews , is plus , dramabeans

loading...