Song Joong Ki membuat pengakuan dalam temuduga ekslusifnya dengan majalah ‘Marie Claire’ bahawa dia begitu gembira dapat menemui Song Hye Gyo sebagai pasangan hidupnya. Song Joong Ki menampilkan wajah jambu ‘babyface’ nya dengan penuh seksi dan berkarisma.
Ditanya tentang kegembiraannya setelah berumah tangga sejak beberapa hari yang lalu ,”Begitu girang sekali apabila mengenangkan kerja-kerja seni saya lakukan selama ini sehingga saya mengenali Hye Gyo. Saya telah buat keputusan yang saya fikirkan terbesar dalam kehidupan. Ia sesuatu membanggakan dan tak pernah wujud rasa kekesalan dalam diri ini. Saya berdiri di atas sudut paling gembira dalam hidup saya, iaitu mencintai Song Hye Gyo dengan sepenuh hati”.
Song Joong Ki dan Song Hye Gyo sedang berbulan madu di Eropah setelah berangkat semalam. Sebaik saja tiba di Korea, mereka akan memulakan hidup baru sebagai suami isteri di Itaewon, Seoul.
Sumber: sport chosun