Penulis skrip jtbc “Strong Woman Do Bong Soon” & “Woman of Dignity”, Baek Mi Yeong kembali dengan drama baru dengan KBS?

Baek Mi Kyung, penulis skrip yang bertanggungjawab menulis drama Strong Woman Do Bong Soon dan Woman of DIgnity dikatakan akan kembali semula mengarang drama terbaru kali ini dengan KBS pula. Beliau dikatakan akan bekerjasama dengan pengarah Strong Woman Do Bong Soon juga, iaitu Lee Hyun Min. Tajuk belum ditentukan lagi.

Tapi, mereka belum memutuskan lagi seperti yang diperkatakan oleh pihak penyiar KBS, “Kami belum berbincang pun lagi tentang drama baru gandingan mereka (merujuk pada Baek Mi Kyung dan Lee Hyun Min). Mungkin minggu depan.” Projek gandingan mereka ini dijangka mula disiarkan pada April depan.

Gandingan mereka telah menyaksikan drama Strong Woman Dong Bong Soon meraih rating sebanyak 9.7 % tertinggi pernah direkod oleh cenel jtbc sebelum ditumpaskan drama tulisan Baek Mi Kyung seterusnya, Woman of Dignity dengan rating sebanyak 12.1%. Cenel kabel yang meraih rating lebih daripada 5% dikategorikan sebagai sukses.

PD Lee Hyun Min pernah menjadi pembantu pengarah KBS Winter Sonata sebelum menjadi pengarah utama untuk KBS Sang Doo, Let Go To School , KBS I am Sorry,I Love You, OCN Bad Guy dan jtbc Mrs Temper & Nam Jung Gi.

Sumber: OSEN, is plus

loading...