Tonton BTS While You Were Sleeping (Tahap Gula Tertinggi)- Lee Jong Suk & Suzy

While You Were Sleeping  telah mengeluarkan klip video belakang tabir adengan Suzy dan Lee Jong Suk!

Klip itu bermula dengan adegan di mana Suzy (memainkan peranan Hong Joo) sedang mencari watak Lee Jong Suk (Jae Chan) . Dia membongkok dan mengintai dari cermin luar cafe untuk mencari Jae Chan. Kemudian Lee Jong Suk berjalan menuju ke tempat Suzy berada dari arah belakang. Lalu Lee Jong Suk bertanya “Apa yang awak cari?” lantas membuat  Suzy terkejut. Kemudian Suzy membuat aksi comel dan mengukir senyuman kepada Lee Jong Suk.

Semasa pengarah menjerit “CUT!”, kesemua krew penggambaran tersenyum melihat momen yang sangat cute antara dua pelakon itu.

Selepas kembali melakonkan adengan yang sama,  klip video itu  menunjukkan Lee Jong Suk dan Suzy berhadapan dengan cuaca yang sejuk.  “Pelakon bimbang tentang dialog mereka kerana cuaca sangat sejuk,” seperti tertera kapsyen di bawahnya.

Apabila Suzy terlupa dialognya selepas Lee Jong Suk membuat kesilapan yang sama, dia bercanda, “Kamu berada di bawah sumpahan Lee Jong Suk.” Ketika kesilapan yang sama tetap berulang, Lee Jong Suk berkata, “Tinggalkan saya,saya sudah hilang punca” dan membuat Suzy serta semua orang ketawa besar. Pasangan itu berjaya memukau tempat penggambaran ketika itu sehinggakan Tuan Pengarah memuji mereka sebagai  master of drama.

While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

Jom tontom BTS While You Were Sleeping

Artikel dialih bahasa dari Soompi

loading...