Julian Yee Zhi-Jie atau lebih dikenali Julian Yee merupakan atlet pertama Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. Beliau akan beraksi dalam acara luncur ais. Yee, 20, yang kini di tempat ke-38 dunia, layak menyertai acara itu selepas menduduki tempat keenam pada Kejohanan Trofi Nebelhorn CS Ke-49 di Jerman.
“Malaysia pasti menyertai Olimpik Musim Sejuk 2018! Akhirnya, saya berjaya melakukannya!” kata Yee dalam catatannya di Instagram.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu turut berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini. Pastinya rakyat Malaysia berbangga apabila Julian Yee melayakkan diri ke pentas Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Kami di KMania akan terus menyokong karier Julian Yee dan buktikan pada dunia kamu adalah Julian Yee, seorang peluncur ais yang berbakat dari Malaysia. Semoga kamu terus sukses dan kejayaan akan sentiasa mengiringi kamu.
Sedikit trivia mengenai Julian Yee
- Pemegang Malaysia Book Of Record Buku Rekod
Julian Yee merupakan five-time Malaysian senior national champion sejak 2013, yang melayakkan nama beliau tercatit dalam Malaysia Book Of Record
- Mula Meluncur Sejak Kecil
Anak kelahiran KL ini mula memulakan karier meluncur sejak dari usia empat tahun! Julian mempunyai dua abang, iaitu Ian dan Ryan yang juga peluncur ais (ice-skaters). Mereka diperkenalkan kepada sukan itu oleh ibu mereka, yang merupakan bekas naib presiden Malaysian Ice Skating Association.
- Juara Junior Ice-Skating
Pada tahun 2011, Julian bersaing dalam pertandingan yang dianjurkan Ice-Skating Institute (ISI) dan terus memenangi emas dalam kategori Junior Men. Kemenangan itu telah menjadikannya skater termuda dalam sejarah untuk menang acara tersebut pada usia 13 tahun 10 bulan dan memecahkan rekod yang sebelum ini yang dipegang oleh abangnya, Ryan.