Seo Hyun Jin mengaku tertarik pada lelaki yang sopan budi bahasanya

Seo Hyun Jin dalam sidang media SBS Temperature Love.

Seo Hyun Jin, pelakon yang pernah tercalon Best Actress CariKdrama Awards menerusi tvN Oh Hae Young Again, memberitahu kepada penonton di dalam suatu program SBS Power FM, “Doosan Escape Cult show” baru-baru ini bahawa dia memang sukakan pada lelaki yang lemah-lembut dan bersopan-santun. 

“Semasa saya ber’dating’ , saya cuba lepaskan segalanya apa yang saya mahukan. Itu cara saya ‘dating'”.

“Saya suka karakter lelaki yang lemah lembut. Saya tak berapa berkenan lelaki yang ‘tsundere’ (berperangai kasar / ‘bad boy’) .”

Seo Hyun Jin akan menemui penonton Kdrama pada Isnin ini melalui drama SBS Temperature Love. Bagi peminat di Malaysia, anda boleh ikuti drama ini di cenel ONE TV Asia menerusi langgan astro 393 .

https://kmania.info/2017/09/15/sbs-temperature-love-merungkai-kembali-cinta-yang-tak-kesampaian/

Sumber:  mydaily 

loading...