[Lensa] Marilah Lee Joon tinggal di Malaysia, banyak makanan Cina di sini!

Gambar dikreditkan pada Starnews.

Lee Joon merupakan bekas idol dari kumpulan MBLAQ yang menyerlah sebagai pelakon. Pada mula kariernya sebagai anak seni, dia mengikuti kelas lakonan tetapi diberitahu bahawa dia tidak berbakat untuk menjadi pelakon. Oleh itu, dia belajar menari, tetapi diberitahu pula tariannya cacat cela dan harus fokus untuk menjadi kareografer kerana mereka merasakan dia berbakat dalam bidang ini. Walaubagaimanapun Lee Joon tidak putus asa, dia meneruskan impiannya dengan belajar menari, mengambil jurusan tarian moden di Korea National University of Arts, akhirnya sekarang pelajar kelas lakonan tercorot ini menjadi pelakon yang terkenal.

Lee Joon merupakan idol termuda pertama yang menceburkan diri dalam filem Hollywood apabila dia ditawarkan menjadi pelakon tambahan untuk filem Ninja Assassin juga menampilkan Bi/Rain sebagai pelakon utama.  Lakonan Lee Joon di dalam filem debutnya ini mendapat respon yang positif daripada pengkritik dan penggilat filem. Ramai yang menjangkakan Little Rain ini akan menggegarkan industri perfileman Korea Selatan suatu hari nanti.

Lakonan Lee Joon dalam (atas) tvN Gapdong, (tengah) SBS Heard It Through Grapevine dan (bawah) KBS My Father is Strange.

tvN Gap Dong pula telah menaikkan kredibiliti Lee Joon sebagai idol baru yang berbisa lakonannya. Dalam drama ini, Lee Joon memegang watak Ryu Tae Oh seorang yang bercirikan sociopath yang menganggap Gap Dong sebagai idola dan tuhannya. Malahan Ryu Tae Oh mempunyai keupayaan merancang jenayah dan IQ yang lebih tinggi daripada Gap Dong. Ryu Tae Oh akhirnya turut membantu dalam menangkap pembunuh sebenar Gap Dong iaitu seorang polis senior dalam pasukan pemburu Gap Dong itu juga. Lee Joon diberi kepercayaan oleh pengarah untuk membawa watak berat pembunuh sociopath yang bermain dengan berbagai perasaan membuktikan kemahiran lakonannya juga tidak kurang hebatnya. Watak sebegini sukar untuk dibawa dan dihayati walaupun kepada pelakon senior sekalipun namun Lee Joon berjaya membawa watak Ryu Tae Oh melangkaui jangkaan penulis skrip itu sendiri.

Tidak selesai dengan tvN Gap Dong, Lee Joon membuktikan lagi ketrampilannya dalam MBC Mr Baek tapi SBS Heard It Through Grapevine membuatkan namanya mula meniti di bibir masyarakat Korea.  Drama SBS bergenre satira keluarga ini mengisahkan tentang sebuah keluarga sosilite yang terpaksa berdepan dengan kejutan anak remaja mereka yang terkenal dengan term budak baik yang skor dalam pelajaran tiba-tiba membawa pulang kekasih yang ditemui di summer camp. Lebih parah lagi, teman wanitanya itu terpaksa melahirkan anak di rumah mereka kerana sudah cukup bulan. Bermula daripada babak mendebarkan itu, maka bermulalah tragedi dalam keluarga berpengaruh ini yang terpaksa menjadi nenek segera, menantu bukan pilihan, anak lelaki sulung harapan keluarga bernama HAN IN SANG yang tiba-tiba menjadi bapa dan perjalanan kisah mereka menepis khabar angin.

Lakonan Lee Joon sebagai pelajar tahun akhir sekolah tinggi, Han In Sang yang bijak tetapi sayangkan anak isterinya yang bersahaja mendapat pujian para peminat. Malahan turut menjadi topic di program variety dan program hiburan. Selain itu, beberapa babak lakonan Lee Joon turut diparodikan di mainstream sama ada di rancangan anugerah ataupun variety, dan youtube oleh fans. Melalui drama ini, Lee Joon berjaya merangkul anugerah Excellence Award, Actord dan Excellence Award, Actor in a Serial Drama serta beberapa pencalonan lain.

Kini, Lee Joon baru saja selesai menjalani penggambaran drama KBS My Father is Strange. KBS My Father is Strange mendapat respons positif di kalangan pengkritik drama dan juga peminat, serta meraih rating yang agak tinggi untuk slot mingguan. Lakonan Lee Joon dalam drama berkenaan dipuji pengkritik kerana menunjukkan hubungan beremosi dengan ayahnya secara ‘subtle’, juga percintaannya dengan Jung So Min.

Bagi yang belum sedari lagi hakikat ini, Lee Joon akan meninggalkan sebentar dunia seni kerana bakal mengikuti latihan khidmat negara pada 24 October.

Gambar dikreditkan pada Starnews.

Ikuti temuduga ketika pihak media menemuinya dalam iklan “Let’s Have Rice”. Lee Joon dipilih sebagai model iklan tersebut kerana dia mempunyai aura untuk menarik pekerja-pekerja syarikat memohon ‘delivery’ makanan dihantar ke tempat kerja mereka. Lee Joon menggapai kedua-dua ayam dan juga pizza sambil meratahnya dengan penuh rakus sekali.

“Semasa saya menjalani penggambaran drama, saya akan makan ‘sandwich’ ataupun gimbap. Cuma sewaktu penggambaran drama KBS My Father is Strange, saya pilih makan nasi kerana ‘timing’ itu kena. Saya biasanya tak makan dengan pelakon lain. Saya makan sorang-sorang kerana saya gilakan makanan Cina. Saya suka ikan kembung (‘mackerel’) yang digoreng”.

Gambar dikreditkan pada Starnews.

“Saya juga tak suka teguk soju (‘arak’).  Tak pernah teguk pun selama ini. Pernah dulu saya cuba minum sewaktu muda, tapi badan saya rasa tak selesa. Saya juga benci minum kopi kerana saya cepat letih, ” katanya apabila diajukan pertanyaan samada akan minum kopi ataupun arak sewaktu terasa penat. Tambahnya lagi, dia cuba untuk memfokuskan minda untuk mengelak makan banyak. Baginya ianya satu disiplin yang perlu dikekalkan apabila menjalani latihan ketenteraan tak lama lagi.

Lee Joon turut berseloroh bahawa dia tak selalu menjaga tubuh badannya, “Saya akan buat jika saya mahu lakukan dalam 3 bulan. Training pun tak lama lagi. Jadi, October ini saya kena giat bina badanlah haha.”

Ditanya lagi jika dia kecewa apabila diberitahu untuk mengikuti latihan khidmat negara sewaktu kemuncak kerjayanya, Lee Joon berkata dia belum cukup bagus untik dinobatkan terbaik. “Bagi saya, pergi ke military adalah sesuatu menarik dan baru. Sebab saya sudah rancang apa saya boleh buat nanti.”

Selepas selesai latihan khidmat negara nanti, marilah Lee Joon datang ke Malaysia. Banyak makanan Cina di sini.

Sumber: gangnam school plasterhati, starnews

loading...