Nam Tae Hyun , mantan ahli kumpulan Winners memuatnaik kapsyen gambar kontroversi menunjukkan tanda-tanda akan membunuh diri. Keempat-empat kapsyen gambar yang dimuatnaik di laman instagram nya secara berperingkat dua jam yang lalu agak memeranjatkan pengikut laman sosialnya, masing-masing berdoa semoga dia dapat menangkis penyakit kemurungan yang dialaminya serta tak mengambil tindakan sehingga membunuh diri. Tapi, ia juga tak menolak kemungkinan, kapsyen berkenaan mungkin lirik-lirik yang ditulisnya untuk single akan datang.
Kapsyen yang bertulis adalah seperti berikut:
- “Please stop.I hate person. so scared”
- “The worm he licks my bones.Yes, i feel so suicidal..lonely”
- “Alone alone alone alone alone. I’m afraid thank you”
- “Wanna Die”
Sebaik saja beredar daripada kumpulan Winners kerana masalah kesihatan disyaki penyakit kemurungan berpanjangan, Nam Tae Hyun bernaung di bawah label South Buyers Club yang ditubuhnya sendiri. Single pertama, LIAR baru dilancarkan bulan enam lepas. Jika diperdengarkan single berbentuk slow rock ini, ianya agak berbentuk melankolik , dan boleh dibandingkan dengan “Smell Like Teen Spirit” oleh Nirvana yang juga penyanyinya, Kurt Cobain turut membunuh diri kemudiannya.
Apapun, semoga Nam Tae Hyun tidak melakukan perbuatan tersebut. Cari seseorang untuk luahkan perasaan kerana bersendirian tak boleh selesaikan masalah.
Sumber: Instagram Nam Tae Hyun