Jang Dong Yoon & Kim Jung Hyun sertai drama KBS School 2017

Kenapa entah penulis berasa sangat setuju dengan “casting” ini lagi-lagi kedua-dua aktor ini pernah penulis jangkakan terkenal satu masa nanti? Jang Dong Yoon, pelakon muda berbakat besar ini cemerlang menerusi drama jtbc Solomon Perjury di mana dia menjadi pelajar sekolah aka peguambela bagi mengadakan perbicaraan kes pembunuhan seorang pelajar di sekolah berkenaan.  Lakonannya yang emosional dan ‘bubbly’ sedikit mengingatkan penulis pada pelakon Kim Soo Hyun sewaktu beliau masih muda.

Kim Jung Hyun pula antara pelakon baru yang cepat menyinar walaupun setakat pelakon pembantu. Penulis pernah merasakan dia bakal pelapis baru setelah menyaksikan lakonannya bersahaja sebagai adik kepada pelakon Gong Hyo Jin dalam SBS Jealousy Incarnate. Selain itu, dia juga agak menyerlah dengan watak Mori di dalam MBC Rebel Hong Gil Dong.

School 2017 akan mengekalkan konsep sedia ada seperti dalam siri-siri drama diterbitkan sebelum ini. Mungkin kah gandingan Jang Dong Yoon dan Kim Jung Hyun akan mengingatkan anda semula pada Lee Jong Suk dan Kim Woo Bin dalam School 2013? Turut dibintangi oleh Kim Se Jong, drama ini akan menggantikan slot KBS Fight My Way pada setiap Isnin -Selasa .

Sumber: news.jtbc

loading...