Neelofa , Vivy Yusof tersenarai Forbes 30 sebaris dengan Jessica Jung & Eric Nam

Pelakon, pengacara dan model popular dari Malaysia, Neelofa tersenarai Forbes 30 Asia kategori selebriti yang didefinisikan sebagai mereka yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Neelofa memiliki jenama tudung antara yang terbesar di Malaysia iaitu Naelofa Hijab selain aktif berkecimpung dalam area perfileman drama.

Turut tersenarai ialah bekas penyanyi kumpulan Girl Generation, Jessica Jung yang mempunyai jenama fesyen tersendiri, iaitu Blanc & Eclare. Blanc & Eclare ternyata mendapat permintaan tertinggi di Malaysia apabila pelbagai butik di Pavilion Kuala Lumpur memperagakan jenama berkenaan. Jessica Jung juga sering mengadakan pertemuan dengan peminatnya di Kuala Lumpur beberapa kali pada awal tahun ini. Selain itu, Eric Nam, Jay Park, Son Heungmin, Pony Park dan Samuel Okyere antara selebriti korea yang tersenarai.

Sumber: https://www.forbes.com/30-under-30-asia/2017/celebrities/#37814c286232