Bersama Han Byul di Kuala Lumpur: Jualan Tiket sudah dibuka!!!

Kali ini pihak M.E Malaysia akan membaca seorang penyanyi runut asal (OST) yang berkarisma dan berbakat besar iaitu Hanbyul pada bulan March ini untuk ‘F.Y.I On Stage with Hanbyul’. Hanbyul akan membawakan lagu-lagu hitnya ke pentas kali ini.

Masihkah anda ingat lagu ‘OST’ hit drama Sassy, Go Go iaitu ‘Shooting Star’? Mungkin kali ini anda semua berpeluang mendengarkan lagu ini secara langsung. Bekas kepada ketua kumpulan ‘Led Apple’ ini, Hanbyul juga dikenali dengan vokal yang sangat lunak dan bertenaga. Dia juga mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang pengacaraan, Hanbyul pernah mengendalikan acara TV popular iaitu ‘After Scholl Club’ dimana, melalui rancangan ini dia telah dikenali oleh peminat luar negara.

Selepas Hanbyul keluar dari kumpulan ‘Led Apple’ Hanbyul telah terlibat secara serius didalam bidang lagu asal drama (OST) dimana antara lagu yang pernah dibawakan adalah ‘Winter Wind’ dari drama ‘Remember’, ‘Those Words’ dari drama ‘Blow Breeze’ dan ‘Call My Name’ dari drama ‘Marriage, Not Dating’.

‘F.Y.I On Stage with Hanbyul’ akan berlangsung pada hari Sabtu, 11 March 2017 di Kuala Lumpur (Tempat akan diberitahu).

Harga tiket:

General Admission – RM 180.00

VIP – RM 280.00

Premium – RM 380.00

Dimana tiket akan dijual bermula 18 Febuary 2017. Tiket adalah terhad.

loading...