Gong Hyo Jin sayang mahu tinggalkan Jealousy Incarnate

Pelakon ternama, Gong Hyo Jin meluahkan bahawa dia tak sanggup meninggalkan Jealousy Incarnate setelah drama ini berakhir kelmarin.
Gong Hyo Jin, merupakan 2 kali calon Best Actress dan pemenang Popular Actress CARI K drama Awards, telah memberikan impresi berkesan buat penonton di atas persembahan lakonan peramal kaji cuaca yang ‘slamber’ , lagi-lagi interaksinya yang merumitkan  dengan hero drama tersebut, Jo Jung Suk tampil mengagumkan. Gong Hyo Jin menyampaikan karakternya secara bersahaja, punyai daya tarikan tersendiri dan juga tampak disukai.

“Kami mula penggambaran pada pertengahan musim panas, dan sekarang angin dingin sudah bertiup. Saya bimbang macammana nak sesuaikan diri dengan siri 24 episod ini. Tetapi akhirnya masa berlalu dengan pantas dan episod akhir baru sahaja tamat semalam ,” kata Gong Hyo Jin.

“Saya akan buat terbaik setiap kali ‘shooting’, tapi bila habis saja, saya pasti akan rasa ragu-ragu adakah tertinggal sesuatu, “sambungnya lagi.  Dalam mengakhiri temubualnya dengan Chosun Daily, Gong Hyo Jin menyampaikan penghargaan pada pelakon-pelakon dan krew produksi yang turut sama bekerja keras menjayakan drama ini.
“Saya pasti akan mengingati drama Jealousy  sampai bila-bila.”
Sumber: Chosun Daily
loading...