
Dikecam kerana biarkan artis Kpop tersadai lama di lot ‘parking’, Mnet dakwa terpaksa ikut arahan khusus Covid-19
Mnet Music Awards (MAMA) 2020 berlangsung dengan jayanya pada 6 Disember 2020 tanpa kehadiran penonton. Namun, pendedahan lanjut tentang diskriminasi pihak produksi dalam menguruskan selebriti-selebriti yang dipanggil untuk membuat persembahan atau menyampaikan anugerah atau menerima anugerah, telah mencetuskan polemik berpanjangan sehingga mendapat perhatian portal sensasi terkemuka, Dispatch. Dispatch mendedahkan pelakon-pelakon yang diberikan tugas menyampaikan anugerah…