Agak lama kita tidak dipertontonkan dengan lakonan terbaru Nam Joo Hyuk yang sebelum ini pernah membintangi drama popular “School 2015,” “Hwarang,” “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo,” dan “Bride of Water God.”
Nam Joo Hyuk dilaporkan akan membawakan watak seorang yang cukup sempurna dan disayangi ramai, namun sebenarnya dalam diam dia menderita. Ini adalah projek drama pertama beliau dalam tempoh setahun ini selepas membintangi “Bride of the Water God.” Filem sulung lakonan Nam Joo Hyuk “The Great Battle,” juga bakal ditayangkan dalam masa terdekat.
“Because It’s My First Love” akan diarahkan oleh Oh Jin Seok, yang pernah mengarahkan drama SBS – “Yong Pal” dan “My Sassy Girl” versi drama.
Sumber : Naver