Nazim othman akan berkolaborasi dengan Jun Joon Young untuk satu projek nyanyian?

Menurut satu kapsyen yang dimuatnaik ke dalam laman sosial instagram Nazim Othman, pelakon yang terkenal dengan imej metroseksual tersebut dijangka bertemu dengan Jun Joon Young pada bulan Julai ini bagi membincangkan projek kolaborasi antara mereka. Tak dipastikan kesahihan dan jenis projek apakah bakal dibincangkan, kenyataan itu hanya dikongsikan oleh Nazim Othman dan tak pula melalui pengurus Jun Joon Young. Mungkinkah Nazim Othman akan membuat penampilan di dalam muzik video nyanyian Jun Joon Young?

Jun Joon Young merupakan penyanyi indie rock yang berasal dari Korea Selatan tapi membesar di Indonesia. Beliau pernah menjejakkan kaki ke Malaysia pada bulan 8 tahun 2017 sehingga mencetuskan histeria peminat-peminatnya di Malaysia. Selain bergelar penyanyi, beliau juga turut bergiat aktif sebagai pemain professional esport Korea menerusi permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds yang diceburinya sejak Januari lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=D183nwSXDpY

Manakala, Nazim Othman pula ialah seorang pelakon kelahiran Malaysia yang sering menjadikan Kpop sebagai sumber inspirasi permodelannya.  Nazim Othman sedang membintangi drama Monalisa yang hangat ditayangkan oleh cenel Astro.

Adakah anda teruja dengan gandingan mereka? Sama-sama kita tunggu berita lanjut.

https://www.instagram.com/p/BkfqqcIA__G/?hl=en&taken-by=nazimothman

loading...