Jang Dong Gun dan Park Hyun Sik telah mempersiapkan sesuatu yang buat anda untuk terus menonton drama Suits ini.
KBS telah menetapkan 25 April sebagai tayangan perdana drama Suits. Drama ini adalah remake daripada siri popular Amerika Syarikat dan ramai menyatakan keterujaan mereka untuk menonton kisah-kisah yang berlaku dalam firma undang-undang.
Suits mengisahkan seorang peguam lagenda hebat; Choi Kyung Seo (Jang Dong Gun) yang berkhidmat di sebuah firma guaman yang terkemuka. Choi Kyung Seo telah mengambil seorang Go Yeon Woo (Park Hyun Sik) bekerja dengannya. Bagaimanapun Go Yeon Woo bukanlah seorang graduan kolej atau universiti, waima jauh sekali untuk memiliki sijil yang diiktiraf dalam bidang perundangan, tetapi disebabkan beliau seorang genius serta mempunyai daya ingatan yang tajam, beliau ditawarkan bekerja di firma guaman Choi Kyung Seo.
Ini adalah antara sebab anda perlu tonton drama Suits
-
Bromance antara Jang Dong Gun dan Park Hyun Sik
Kedua-dua mereka ini merupakan watak utama drama Suits. Umum mengetahui kedua-dua mereka datang dari generasi yang berbeza. Bagaimanapun, kedua mereka dilihat gabungan yang serasi dan saling bantu membantu.
Jang Dong Gun memberitahu, “bromance antara mereka nampak berbeza, tetapi dalam masa personaliti mereka nampak sama. Watak Choi Kang Suk adalah seorang peguam yang berjaya dan sangat berkarisma. Manakala Go Yeon Woo pula mempunyai daya ingatan yang luar biasa dan berupaya untuk berhubung dengan orang ramai. Pada mulanya kedua-dua watak ini tampak sangat berbeza. Walau bagaimanapun, dek kerana keduanya sangat pintar dan berkarisma, mereka menjadi perhatian ramai. Kali ini saya dapat menunjukkan bromance antara senior dan junior.
2. Park Hyung Sik – Sebuah drama berkarisma dan penuh gaya yang saya nantikan selama ini
Suits adalah remake siri drama perundangan popular Amerika Syarikat. Pihak produksi serta para pelakon drama asal telah menyatakan keterujaan mereka untuk menonton drama ini dalam versi Korea. Park Hyun Sik juga pernah memberitahu drama ini akan menarik perhatian ramai kerana penonton ingin melihat apakah perbezaan yang akan dipersembahkan antara drama asal dan juga drama remake.
Beliau menambah, “Saya fikir ia adalah istimewa kerana drama ini mengambil kira semua aspek termasuk keserasian pelakon, teknik pengarahan, pandangan daripada screenwriter dan keseluruhan perjalanan drama ini yang cukup bermakna. Saya merasakan semua yang bakal dipertontonkan akan menepati jangkaan para penonton. Ia bukan sahaja drama yang menghiburkan, tetapi ia adalah sebuah drama yang penuh gaya bahkan ia akan menjadi drama yang belum pernah anda tonton sebelum ini,”.
3. Apa maksud Suits pada Jang Dong Gun dan Park Hyung Sik?
Dalam drama ini, kedua-dua watak utama memakai pakaian Suit yang sesuai sebagai seorang peguam. Pemakaian suit bergantung kepada seseorang dan majlis yang mereka hadiri. Kadangkala pemakaian suit bergantung kepada bagaimana seseorang menggayakannya dan bagaimanakah penerimaan mereka kepada orang lain. Jadi, apa yang dimaksudkan Suits dalam drama tersebut pada pandangan Jang Dong Gun dan Park Hyun Sik?
Jang Dong Gun menjawab, “Kebanggaan seorang lelaki,” manakala Park Hyung Sik berkata, “Satu Pilihan.” Beliau menyatakan, “Setiap kali kita meninggalkan rumah, kita perlu memilih pakaian yang akan kita kenakan. Watak Yeon Woo mengenakan suit bagi menunjukkan pilihan dibuat olehnya yang melibatkan keprihatinan dan ketajaman fikirannya.
4. Penampilan semula Jang Dong Gun
Drama terakhir lakonan beliau adalah menerusi drama Gentleman’s Dignity pada tahun 2012. Selepas enam tahun, Jang Dong Gun kembali menghiasi drama Korea dengan pesona seorang peguam yang penuh berkarisma.
5. Pesona Park Hyung Sik
Personaliti Park Hyung Sik disenangi ramai. Jika sebelum ini, beliau acapkali membawakan watak seorang CEO atau sesorang dari kelas atasan, kali ini beliau menampilkan sisi berbeza Park Hyung Sik sebagai seorang peguam. Dengan penampakan yang smart, kemas dan penuh bergaya di mana wataknya sebagai seorang genius serta memiliki daya ingatan yang tajam pastinya akan menarik perhatian para penonton. Drama terakhir beliau adalah menerusi Strong Woman Do Bong Soon.
6. Populariti siri asal Suits (Amerika Syarikat)
Suits adalah siri drama televisyen dari Amerika Syarikat yang bergenrekan perundangan. Ia dihasilkan serta ditulis oleh Aaron Korsh. Siri ini ditayangkan pada 23 Jun 2011, di rangkaian kabel Amerika Syarikat, dan dihasilkan oleh Universal Cable. Suits berkisarkan firma undang-undang fiksyen di New York City. Fokus utama adalah mengenai, Mike Ross (Patrick J. Adams), yang bekerja sebagai peguam bersekutu untuk Harvey Specter (Gabriel Macht), walaupun tidak pernah menghadiri sekolah undang-undang tetapi mempunyai kecenderungan dalam bidang tersebut. Drama ini juga turut fokus kepada Harvey dan Mike yang sama-sama kes-kes yang berlaku disamping mengekalkan rahsia latarbelakang Mike.
Drama ini juga telah mendapat pelbagai nominasi dan penghargaan sepanjang bersiaran kerana Suits kini memasuki musim ketujuh. Jadi, bersediakah anda untuk menyaksikan Suits versi Korea?
Drama Suits ini akan disiarkan melalui KBS bermula 25 April (malam ini) jam 10 malam KST.
sumber : sports.donga|wikipedia