Mikami Yua, artis lucah Jepun pertama debut dalam Kpop

Segelintir mengenali Mikami Yua, terutamanya para penggemar pornografi kerana beliau pernah membintangi beberapa filem lucah beberapa tahun lalu. Namanya tak lah se gah Maria Ozawa yang sememangnya dikenali oleh sebilangan rakyat Malaysia , tapi Mikami Yua sendiri sememangnya mempunyai bakat dalam nyanyian kerana beliau telah lama menceburi program realiti nyanyian Jepun yang menampilkan kumpulan idol  SKE48.

Kali ini, beliau mencuba nasib tampil buat pertama kali pada Mac 2018 ini sebagai salah seorang kumpulan idol wanita tak dinamakan lagi menerusi label yang sinonim dengan produksi Kpop di Korea Selatan. Namun, tidak diterangkan label manakah dan kumpulan apakah yang bakal disertainya. Semuanya masih dirahsiakan lagi.

Sambil bekerja menyara hidup dengan membintangi filem-filem pornografi, Mikami Yua tak pernah sesekali menghampakan impian peminat yang mengenalinya sejak beliau berkecimpung dalam SKE48. Beliau beberapa kali memuatnaik “cover” lagu-lagu Kpop terutamanya, “Candy Pop” cover lagu nyanyian kumpulan TWICE yang telah mendapat perhatian label produksi Kpop di Korea Selatan.

https://www.youtube.com/watch?v=C6Oer35z4GI

Pelakon-pelakon yang pernah berjinak dalam produksi lucah sebelum ini kadangkala menjadikan pornografi sebagai batu loncatan buat mereka untuk meraih peminat dan meneruskan impian mereka untuk bergelar selebriti seperti pernah dilakukan oleh Shu Qi, Sunny Leone dan Sasha Grey. Ternyata mereka berjaya berbuat demikian!

Sumber: sport chosun

loading...