Uhm Ji Won, Lee Jun Hyuk dan Kang Han Na Buat Penampilan Istimewa Dalam ‘The Remarried Empress’

Drama fantasi romantik Disney+, The Remarried Empress bakal menampilkan tiga pelakon tambahan menerusi penampilan istimewa dalam episod akan datang.

Mereka ialah Uhm Ji Won, Lee Jun Hyuk dan Kang Han Na yang masing-masing akan membawa watak penting dalam keluarga diraja Empayar Timur dan Empayar Barat.

Diadaptasi daripada novel web popular dengan judul yang sama, The Remarried Empress mengisahkan Navier (Shin Min Ah), maharani sempurna Empayar Timur yang kehidupannya berubah selepas suaminya, Maharaja Sovieshu (Ju Ji Hoon), berlaku curang dengan Rashta (Lee Se Young), seorang bekas hamba yang melarikan diri.

Selepas Sovieshu menceraikannya, Navier membuat keputusan untuk berkahwin dengan Heinrey (Lee Jong Suk), putera Empayar Barat.

Uhm Ji Won Sebagai Bekas Maharani Empayar Timur

Uhm Ji Won akan muncul sebagai ibu kepada Maharaja Sovieshu yang juga merupakan bekas maharani Empayar Timur.

Penampilannya digambarkan menerusi aura elegan dan sofistikated, sekali gus menambahkan lagi kehadiran watak penting dalam keluarga diraja tersebut.

Lee Jun Hyuk Sebagai Raja Wharton III

Sementara itu, Lee Jun Hyuk membawa watak Raja Wharton III, iaitu abang kepada Putera Heinrey dan pemerintah Empayar Barat.

Watak tersebut bakal memperlihatkan karisma tersendiri sebagai seorang raja.

Kang Han Na Sebagai Ratu Krista

Kang Han Na pula akan membawakan watak Ratu Krista dari Empayar Barat.

Di sebalik senyuman elegannya, watak tersebut menyimpan pelbagai emosi yang rumit, sekali gus memberikan dimensi tersendiri kepada karakter berkenaan.

Episod terbaharu The Remarried Empress yang menampilkan ketiga-tiga pelakon ini akan disiarkan pada 18 November menerusi Disney+.

Sumber : 1