Persaingan merebut TOP 5 Best Actor 6th CARI Kdrama Awards? – Undian awal ditutup 25 /12/2017

Penantian yang mendebarkan akan diketahui pada malam 29/12/2017 ini. Bagi peminat k drama dan pengikut anugerah tahunan, semestinya calon-calon yang bakal menghiasi top 5 bagi kategori-kategori tertentu sedikit sebanyak agak mendebarkan kerana pemilihan calon-calon ini adalah hasil daripada garapan review-review yang ditulis oleh sekumpulan rakyat Malaysia bermula pada awal tahun 2017. Lebih kurang 50 review telah dihantar setakat ini dan penganjur masih lagi menerima penghantaran review sehingga 25/12/2017 ini. Untuk makluman, Prison Playbook, Two Cops, Doubtful Victor, Nothing To Lose yang sedang rancak ditayangkan tidak dapat dinilai untuk tahun ini kerana tayangannya berakhir selepas tarikh tutup.

Jangkaan penulis: Goblin bakal dicalonkan dalam “Drama of Year”. Gong Yoo dan Lee Dong Wook masing-masing diramalkan oleh penulis dalam kategori Best Actor dan Best Supporting Actor.

Hasil daripada pemerhatian penulis setakat ini, berikut beberapa drama bakal menduduki top 8 “Drama of The Year”. Kategori “Drama of The Year” tahun ini mungkin tak sehebat tahun lepas yakni beberapa drama bersaing ketat, dari KBS Descendants of The Sun, tvN Signal, tvN Reply 1988, tvN Dear My Friends sehinggalah SBS Jealousy Incarnate tetapi sesetengah daripadanya memberi kelainan yang berbeza dari segi genre mahupun kehendak peminat Kdrama di seluruh Malaysia. Masakan, setiap masa saja ada yang akan kemaskini di laman sosial menghebahkan keminatan mereka terhadap drama tersebut.

tvN Goblin yang berjaya meraih rating lebih daripada 20% antara yang disebut-sebut tercalon secara automatik dalam kedua-dua kategori: Drama of The Year dan Favorite Drama. tvN Goblin, garapan Kim Eun Sook sekali lagi, bukan sahaja popular di South Korea tetapi juga di seluruh rantau Asia termasuk Malaysia sehingga menaikkan semula nama Gong Yoo, pelakon drama MBC Coffee Prince. Namun, apakah review-review ditulis oleh rakyat Malaysia umumnya dapat memberikan jaminan bahawa drama ini dapat tercalon pada anugerah tahun ini? “Goblin” yang berkisarkan tentang percintaan antara Goblin dan bakal pengantin yang ditakdirkan bersama dengannya, telah mendapat penghargaan tertinggi di 52nd Paeksang Drama Awards melalui penulisnya yang meraih “Daesang”. Selain itu, “tvN Because This Is My First Life” juga tidak kurang hebat bakal memberi saingan sengit. Drama berkonsepkan “slife-of-life” ini bermula perlahan sebelum mula mendapat perhatian penonton. ia memaparkan kisah realistik percintaan tentang maksud sebenar perkahwinan. Di samping kedua-dua drama dinyatakan, beberapa drama lain yang mungkin bersaing merebut tempat dalam top 8 adalah SBS Romantic Doctors Teacher Kim, tvN Chicago Typewriter, tvN Stranger / Secret Forest, MBC Rebel: Thief Who Stole the People , jtbc Woman of Dignity dan KBS Queen of Seven Days . Kesemua drama berikut sememangnya mempunyai tarikan tersendiri.

TvN Because This Is My Life agak mengejutkan penulis kerana berjaya memaparkan cerita cinta dari sudut yang realistik, dijangka merebut beberapa pencalonan utama 6th CARI Kdrama Awards.

“Romantic Doctors Teacher Kim” merupakan drama medikal terbaik pernah dihasilkan beberapa tahun ini berkisarkan perjuangan doktor bedah yang dipulaukan untuk menyelamatkan pesakit dengan cara tersendiri. Dibantu dengan teknik pengarahan yang agak dinamik, drama ini ditunggu-tunggu untuk merebut beberapa kategori penting top 5. “Chicago Typewriter” antara yang mendapat review yang agak baik dalam kalangan pengkritik drama Malaysia pula berkemungkinan besar tercalon. Drama ini berkonsepkan kisah silam yang menghantui kehidupan baru dan akhirnya diubah untuk mencapai kehidupan lebih baik. Penulis juga tidak melupakan juga “tvN Stranger”, antara drama kegemaran penulis tahun ini, yang sarat dengan cetusan misteri yang merungkai seribu persoalan mengenai kes pembunuhan seorang ahli koprat daripada kaca mata seorang pendakwaraya. “tvN Stranger” turut merangkul drama terbaik dalam 1st Seoul Awards yang berlangsung dua bulan lepas. Namun begitu, kedudukan top 8 bakal digugat dengan kehadiran drama baru garapan Noh Hye Kyung berjudul tvN The Most Beautiful Goodbye yang ditayangkan tak lama lagi. Drama ini merupakan adaptasi semula drama yang memenangi “Drama of The Year” Baeksang Drama Awards pada tahun 1997 dijangka merebut beberapa kategori yang lain. Antara drama lain yang bakal menggoncang kedudukan top 8 termasuklah SBS While You Are Sleeping, jtbc Strong Woman Do Bong Soon, OCN Tunnel, SBS Falsify, MBC Ruler: Master of Mask, jtbc Age of Youth 2, MBC Weightlifting Kim Bok Joo dan SBS Temperature of Love.

 

Antara lakonan paling digemari tahun ini, Yoo Ah In (“Chicago Typewriter”) telah meninggalkan impresi mengagumkan menerusi dua watak dibawanya, sebagai pejuang aktivis Seo Hwi Young dan penulis novel Han Suk Ju yang penuh ego dan “dingin”.

Penulis tinggalkan kategori “Best Screenplay” dan “Best Director” untuk penilaian anda dan fokus pula kepada calon-calon acting. Umum diketahui bahawa Ji Sung (“Defendants”) bakal menduduki calon top 5 “Best Actor” buat kali ketiga kerana beliau baru sahaja memenangi Best Actor di 1st Seoul Awards dan Grimae Awards. Tetapi, mampukah pemenang “Best Actor” dua kali ini menyailang nama-nama hebat lain seperti Gong Yoo, Yoo Ah In, Cho Seung Woo, Nam Goong Min , Lee Min Ki, Han Suk Kyu, Yoo Ji Tae, Yoon Kyun Sang dan Kim Nam Gil? Siapa tak kenal watak Goblin, Kim Shin yang menjadi viral dan ikutan peminat Malaysia, Gong Yoo mampu meletakkan dirinya dengan mudah di dalam senarai top 5 kali ini setelah beliau meraih Best Actor dalam 52nd Paeksang Awards baru-baru ini. Mungkinkah peluang kali ini beralih pada Han Suk Kyu daripada Romantic Doctors Teacher Kim menerusi watak doktor essentrik Kim Sa Bu? Tak pun Nam Goong Min menerusi lakonan komedinya sebagai akauntan tak bertauliah dalam Chief Kim buat pertama kali sejak meraih Best Supporting Actor 5th CARI Kdrama Awards? Ataupun Kim Nam Gil menerusi watak sengalnya sebagai doktor akupuntur yang diterbangkan dari zaman Joseon? Tetapi, jangan diduga kemampuan Cho Seung Woo yang lebih kuat dengan karakter pendakwaraya tak berperasaan yang dilakonkannya dalam Stranger / Secret Forest. Bagi penulis, kategori “Best Actor” antara paling kompetitif sejak CARI Kdrama Awards dianjurkan kerana peluang aktor masing-masing adalah sama rata.

Kim Hee Sun telah memukau penonton dengan lakonan Woo Ah Jin yang penuh “classy” di dalam jtbc Woman of Dignity. Jika tersenarai, ini merupakan pencalonan ke-2 beliau dalam kategori Best Actress sejak MBC Angry Mom.

Kita meneroka kategori “Best Actress” pula. Kategori “Best Actress” mungkin tak semenarik tahun lepas tetapi calon-calonnya juga tidak kurang hebatnya. Bermula dengan Kim Hee Sun melalui Woman of Dignity, Kim Hee Sun berjaya menampilkan lakonan yang sangat ‘tenang’ , elegan dan bijak sekaligus menyapu bersih “daesang” di 2nd Asian Artist Awards yang berlangsung baru-baru ini. Nama-nama lain yang disebut adalah Park Bo Young (“Strong Woman Do Bong Soon”), Seo Hyun Jin (“Temperature of Love”), Kim Ji Won (“Fight My Way”) , Lee Bo Young (“Whisper”) , Jung So Min (“Because This Is My First Life”), Jung Rye Won (“Witch’s Court”), Im Soo Jung (“Chicago Typewriter”), Ha Ji Won (“Hospital Ship”) dan Kim Ah Joong (“Live Up To Your Name”). Untuk rekod, Park Bo Young meraih Best Actress di 1st Seoul Awards manakala Seo Hyun Jin pula di 2017 Grimae Awards. Jung Rye Won sememangnya menjadi feveret penulis pada tahun ini atas persembahan watak Ma Yi Deum yang agak berkesan sebagai seorang yang tak bermoral dan melakukan apa saja untuk capai kejayaan. Tidak dilupa juga Choi Ji Woo (“The Most Beautiful Goodbye In This World”) dan Won Mi Kyung (“The Most Beautiful Goodbye In This World”) yang bakal meruntun perasaan penonton tak lama lagi.

Lee Dong Gun sebagai raja Yeosangun yang gila, sadis dan kejam dalam KBS Queen of Seven Days. Ironinya, Kim Ji Suk juga membawa watak yang sama dalam MBC Rebel: The Thief Who Steal The Poeple dan mereka akan bersaing merebut top 5 Best Supporting Actor kali ini.

Bagi kategori supporting pula, “Best Supporting Actor” bakal dipelopori oleh pendatang baru Woo Do Hwan menerusi drama OCN Rescue Me di atas pencalonan yang agak banyak diterima. Kemungkinan besar calon supporting kali ini akan didominasi oleh pelakon-pelakon dari drama “tvN The Most Beautiful Goodbye”. Nama-nama seperti Yoo Dong Geun dan Yoo Jae Myung akan memenuhi slot. Cho Seung Ha (“Save Me”), Lee Dong Gun (“Queen of Seven Days”) , Go Jung Pyo (“Chicago typewriter”), Yoon Jun Sang (“Falsify”), Moon Sung Gyun (“Falsify”) , Kim Sang Joong (“Rebel: Thief Who Stole The People”) , Lee Dong Wook (“Goblin”) , Kim Ji Suk (“Rebel: Thief Who Stole The People”) , Jung Sang-Hoon (“Woman of Dignity”) , Yoo Jae Myung (“tvN Stranger”) , Kim Jae Wook (“Voice”) dan Kwon Yol (“Whisper”) juga disebut-sebut . Untuk rekod, Kwon Yol, Jung Sang Hoon, Go Jung Pyo dan Kim Sang Joong saja menunjukkan kecemerlangan kerana tercalon dalam beberapa anugerah dan menang “daesang” menerusi 5th APAN Drama Awards.

Honey Lee antara calon Supporting Actress yang agak menonjol pada tahun ini di atas keberkesanannya mempersembahkan watak “Jang Nok Su” penuh berkarisma daripada perspektif berbeza di dalam MBC Rebel: Thief Who Stole the People. Kehebatannya diakui apabila menyapu bersih anugerah Best Supporting Actress di 2017 Korean Drama Awards dan 1st Seoul Awards.

Calon “Best Supporting Actress” akan menyaksikan kelainan. Calon-calon muda akan menguasai hampir keseluruhan pencalonan buat pertama kali dalam sejarah penganjuran CARI Kdrama Awards. Bagi penulis, kategori Supporting Actress paling kompetitif sejak beberapa tahun CARI Kdrama Awards diadakan. Siapa dapat lupakan lakonan ‘bitchy’ yang penuh licik daripada Park Se Yong dalam “Whisper” dan Soo Jin oleh Eosom dalam “Because This Is My First Life” yang mampu untuk menempatkan mereka dalam top 5. Tak dilupa juga, Song Na Yoon (“Fight My Way”), Lee Yo Young (“Tunnel”) , Park Eun Bin (“Age of Youth 2”) , Honey Lee (“Rebel: Thief Who Stole The People”), Hong So Hyun (“Mad Dog”), Shin Hye Sun (“Stranger”) dan Moon So Ri (“Legend of Blue Sea”) yang mampu menidakkan mereka untuk tersenarai.

Selesai penulis mengemukakan calon ramalan, anda pula bagaimana? Apakah calon-calon anda ramalkan bakal duduki top 5? Apapun, penilaian calon top 5 di atas ditentukan oleh anda sebagai peminat Malaysia menerusi review-review yang ditulis. Jangan lupa untuk menghantar review sebelum 25/12/2017. Untuk pengguna forum CARI, cara untuk menghantar review adalah dengan menjawab surveysheet dilampirkan dalam kotak berwarna biru dalam setiap muka depan thread drama di forum CARI . Bagi yang bukan pengguna forum CARI, anda boleh klik terus link di bawah untuk melihat senarai drama untuk anda menghantar ulasan. Anda yang tentukan calon berhak menduduki top 5 tersebut! Pencalonan kategori popular juga masih dibuka sehingga 25/12/2017 menyaksikan nama-nama seperti Lee Jong Suk,Shin Jae Ha, dan lain-lain bakal mengisi top 5 Popular Actor untuk kali ini.

(Disclaimer: Penulis belum menonton drama Age of Youth 2, The Most Beautiful Goodbye In This World, While You Are Sleeping, Queen of Seven Days, Woman of Dignity dan tetapi diramalkan berdasarkan kupasan-kupasan positif oleh peminat k drama dan anugerah-anugerah penting k drama dimenangi sebelum ni. Ramalan penulis tak mempengaruhi senarai top 5 CARI K Drama Awards akan datang ini kerana keputusannya diuruskan auditor-auditor Majlis Pengkritik Kdrama Malaysia yang mengira markah berdasarkan review-review yang anda hantar.)

Kemasukan Review bagi pencalonan kategori Terbaik: KLIK SINI atau pergi ke laman CARI Forum.
Untuk Pencalonan Kategori Popular:

Pengguna forum CARI: KLIK SINI
Bukan pengguna forum CARI , yakni rakyat Malaysia umumnya: KLIK SINI

TENTATIF ANUGERAH: https://kmania.info/6th-2017-carikdrama-awards/

loading...