10 K-Drama Terbaharu Yang Bakal Mewarnai Julai 2026

Annyeong, chinguyaa~

Julai is coming, dan ini bermakna barisan K-drama baru pun mula mengambil alih watchlist! Dari kisah romantik yang sweet, komedi yang menghiburkan hinggalah thriller penuh misteri dan suspen, bulan ini memang padat dengan pelbagai genre menarik.

Lebih best, setiap drama hadir dengan jalan cerita yang unik serta barisan pelakon popular yang buat ramai tak sabar nak mula menonton. Ada yang menjanjikan healing dan gelak tawa, ada juga yang bakal buat penonton berdebar tunggu episod seterusnya.

Ini 10 drama Korea terbaru yang bakal mewarnai Julai 2026!

1. The Husband

  • Tarikh Tayangan: 4 Julai 2026
  • Penyiar: KBS, Disney+
  • Genre: Thriller Romantik , Jenayah,  Misteri
  • Barisan Pelakon: Namkoong Min, Lee Seol, Lee Sang Hee, Kim Dae Myung

The Husband mengisahkan Kang Tae Ju (Namkoong Min), seorang bekas pakar bedah saraf yang kini menjadi pengarah hospital. Hidupnya berubah apabila isterinya, Ko Se Yun (Lee Seol), diculik menjelang perceraian mereka.

Dalam usaha menyelamatkan isterinya, Tae Ju bukan sahaja terpaksa berdepan penjenayah berbahaya, malah turut dituduh terlibat dalam penculikan dan komplot pembunuhan. Dia akhirnya nekad membongkar kebenaran di sebalik kejadian itu sambil mendedahkan rahsia yang sekian lama tersembunyi dalam hubungan mereka.

2. Love In Sync

  • Tarikh Tayangan: 4 Julai 2026
  • Penyiar: U+ Mobile TV, Viu Malaysia
  • Genre: Komedi Romantik / Fantasi / Drama / Psikologi
  • Barisan Pelakon: Kim Myung Soo, Kang Minah

Love in Sync mengisahkan Yoo Ji An (Kang Min Ah), seorang pelakon terkenal yang sering dikritik kerana kurang empati, dan Cha Eun Hwan (Kim Myung Soo), seorang kaunselor psikologi yang mempunyai kebolehan istimewa.

Kehidupan mereka berubah apabila fenomena misteri yang dikenali sebagai pemindahan emosi menghubungkan mereka, menyebabkan mereka saling merasai perasaan antara satu sama lain. Drama ini menggabungkan elemen romantik, komedi dan fantasi sambil mengangkat tema empati, penyembuhan dan hubungan sesama manusia.

3. Family Register

  • Tarikh Tayangan: 6 Julai 2026
  • Penyiar: MBC
  • Genre: Melodrama / Kekeluargaan / Balas Dendam
  • Barisan Pelakon: Park Se Young, Han Go Eun, Lim Ji Eun, Sung Le On

Family Register mengisahkan seorang kanak-kanak yang membesar dengan dianggap sebagai punca tragedi oleh keluarganya sendiri, serta seorang wanita yang berusaha menentang prasangka dan ketidakadilan demi melindunginya.

Drama melodrama keluarga ini mengetengahkan tema kekeluargaan, identiti, penerimaan dan kesan luka emosi yang ditinggalkan sejak kecil.

4. The Apartment Job

  • Tarikh Tayangan: 11 Julai 2026
  • Penyiar: JTBC
  • Genre: TKomedi Jenayah / Misteri / Drama / Thriller
  • Barisan Pelakon: Ji Sung, Ha Yoon Kyung, Park Byung Eun, Moon Sori

The Apartment Job mengisahkan seorang bekas gangster yang menyertai pilihan raya persatuan penduduk sebuah kompleks apartmen untuk mencari wang tersembunyi. Namun, pencariannya berubah apabila dia membongkar kegiatan rasuah dalam pengurusan apartmen dan secara tidak disangka menjadi wira kepada penduduk setempat.

Drama ini menggabungkan elemen komedi, penebusan diri dan kritikan sosial.

5. Dream To You


  • Tarikh Tayangan: 13 Julai 2026
  • Penyiar: ENA, Genie TV, Viu Malaysia
  • Genre: Komedi Romantik / Slice of Life / Melodrama
  • Barisan Pelakon: Hwang In Youp, Lee Hyeri

Dream to You mengisahkan Woo Su Bin (Hwang In Youp), seorang pengarah filem terkenal, dan Joo Yi Jae (Lee Hye Ri), seorang wartawan yang pernah menjadi cinta pertamanya. Selepas berpisah selama 15 tahun, mereka bertemu semula dan mula menyembuhkan luka lama sambil mengejar impian serta memberi p

6. The East Palace

  • Tarikh Tayangan: 17 Julai 2026
  • Penyiar: Netflix
  • Genre: Fantasi Gelap / Seram / Misteri / Sejarah / Aksi
  • Barisan Pelakon: Nam Joo Hyuk, Roh Yeon Seo, Cho Seung Woo

The East Palace mengisahkan Gu Cheon (Nam Joo Hyuk), seorang pemburu hantu yang mampu merentasi dunia manusia dan alam roh, berganding bahu dengan Saeng Gang (Roh Yoon Seo), seorang dayang istana yang boleh mendengar suara hantu. Atas titah raja (Cho Seung Woo), mereka menyiasat kejadian misteri di istana dan membongkar rahsia di sebalik sumpahan yang menghantui Putera Mahkota.

Berlatarbelakangkan era Joseon, drama ini menggabungkan elemen fantasi gelap, misteri, kisah ghaib dan politik istana

7. Spooky In Love

  • Tarikh Tayangan: 18 Julai 2026
  • Penyiar: tvN, TVING, Netflix
  • Genre: TKomedi Romantik / Seram / Fantasi / Misteri
  • Barisan Pelakon: Park Eun Bin, Yang Se Jong, Ong Seung Wu

Spooky in Love mengisahkan seorang pewaris hotel daripada keluarga chaebol yang boleh melihat hantu dan seorang pendakwa raya yang berani, namun takut akan perkara ghaib. Mereka terpaksa bekerjasama menyiasat pelbagai kes melibatkan roh dan tragedi tersembunyi.

Menggabungkan elemen seram, komedi romantik dan misteri, drama ini turut mengetengahkan tema penyembuhan dan keadilan

8. Love on the Menu

 

  • Tarikh Tayangan: 25 Julai 2026
  • Penyiar: KBS, 
  • Genre: Komedi Romantik / Kekeluargaan / Melodrama
  • Barisan Pelakon: Ha Seok Jin, Hani (EXID), Park You Na, Bae Jung Nam

Love on the Menu mengisahkan Han Kyu Rim (Ahn Hee Yeon), pemilik kedai lauk-pauk, dan Kim Mu Jin (Ha Seok Jin), seorang cef restoran Itali yang menyembunyikan latar belakang keluarganya yang kaya.

Lapan tahun selepas perpisahan mereka, kedua-duanya bertemu semula dan cuba memperbaiki hubungan yang pernah terputus. Dalam proses itu, mereka bersama-sama menyembuhkan luka lama serta membina semula makna sebuah keluarga.

9. A Shop For Killers 2

  • Tarikh Tayangan:   Julai 2026
  • Penyiar: Disney+
  • Genre: Aksi / Thriller / Misteri / Jenayah
  • Barisan Pelakon: Lee Dong Wook, Kim Hye Joon, Hyungri, Masaki Okada, Jo Han Sun

Meneruskan kisah musim pertama, Jeong Ji An (Kim Hye Jun) kini secara rasmi menjadi pemilik Murthehelp, sebuah platform jual beli senjata rahsia yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Jeong Jin Man (Lee Dong Wook). Namun, apabila organisasi jenayah Babylon semakin giat memburu Murthehelp, mereka berdua terpaksa berganding bahu menentang musuh-musuh baharu yang lebih berbahaya.

10. A Bona Fide Killer

  • Tarikh Tayangan: 31 Julai 2026
  • Penyiar: MBC
  • Genre: Aksi / Thriller / Misteri / Jenayah
  • Barisan Pelakon: Gong Hyo Jin, Jung Joon Won,  Lee Sang Yi

Drama ini diadaptasi daripada webtoon popular A Bona Fide Killer. Gong Hyo Jin membawakan watak Yoo Bo Na, seorang pekerja pejabat yang kelihatan biasa, namun sebenarnya merupakan pembunuh upahan legenda yang dikenali dengan nama kod Kingfisher.

Drama ini mengisahkan Bo Na yang kembali bekerja selepas tamat cuti bersalin. Dalam masa yang sama, dia perlu merahsiakan identiti sebenarnya daripada suaminya, Kwon Tae Seong (Jung Joon Won, Resident Playbook), seorang wartawan penyiasatan yang tidak menyedari bahawa isterinya ialah Kingfisher, individu

29 Korean Dramas That'll Keep You Entertained While You're Social Distancing

Jadi, untuk peminat K-drama, jangan lepaskan peluang untuk layan semua drama terbaru ni!

Sebarang tarikh tayangan mungkin berubah mengikut pihak penyiar, dan kami akan kemaskini dari semasa ke semasa kalau ada update terbaru. Happy watching, gais!