EVAN (Heeseung), bekas ahli ENHYPEN, bakal membuat debut solo pada 22 Jun ini.
Belift Lab mengesahkan pada 11 Jun bahawa EVAN akan melancarkan single digital pertama berjudul “RIDE OR DIE” pada jam 6 petang (KST).
Pada hari sama, poster konsep turut didedahkan, memaparkan sisi EVAN yang lebih tajam namun dalam masa yang sama tenang dan terkawal. Konsep ini memberi gambaran kepada dua sisi berbeza yang akan dibawakan dalam era solonya.


“RIDE OR DIE” membawa maksud “bersama hingga ke akhir,” dan dijangka menjadi karya yang lebih peribadi serta mencerminkan arah muzik EVAN selepas ini. Single ini turut dilaporkan mengandungi dua lagu yang menampilkan gabungan sisi lembut dan tenaga yang lebih kuat.
EVAN sendiri terlibat dalam hampir keseluruhan proses kreatif, daripada penulisan lirik, komposisi, produksi sehinggalah visual. Agensi turut menyatakan projek ini membawa mesej peribadi EVAN kepada peminat.
Dengan debut solo ini, peminat kini menantikan bagaimana EVAN akan mempersembahkan identiti muziknya yang lebih matang melalui “RIDE OR DIE.”
Saksikan juga klip teaser di bawah:
Sumber : 1

