CUCKOO Lantik Lee Junho Sebagai Duta Jenama Global, Perkukuh Kerjasama Demi Gaya Hidup Lebih Sihat

Kerjasama bermula sejak 2022 di Korea, kini Lee Junho dibawa ke peringkat global—bergabung dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Phei Yong di Malaysia


CUCKOO International (MAL) Berhad hari ini mengumumkan pelantikan bintang antarabangsa, Lee Junho, sebagai Duta Jenama Global CUCKOO.

Pelantikan ini merupakan perkembangan baharu daripada kerjasama yang bermula di Korea pada Jun 2022, sekali gus menunjukkan komitmen CUCKOO dalam memperluaskan usaha mempromosikan gaya hidup sihat ke peringkat global.

Melalui peranan baharu ini, Lee Junho akan mewakili jenama CUCKOO di beberapa pasaran termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat dan negara-negara Asia lain. Beliau juga akan membantu meningkatkan kesedaran terhadap ekosistem gaya hidup sihat CUCKOO—yang merangkumi produk seperti penapis air, penapis udara, periuk nasi serbaguna dan mesin basuh pinggan.

Di Malaysia, Lee Junho akan bergandingan dengan duta jenama sedia ada, iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong. Gabungan ini menyatukan pengaruh global dan tempatan dalam usaha menginspirasikan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup lebih sihat menerusi kempen #SAMASAMAHealthier.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Queenie Goh, pelantikan ini mencerminkan hubungan jangka panjang yang semakin kukuh antara kedua-dua pihak.

Beliau turut memuji disiplin dan gaya hidup sihat Lee Junho, yang selari dengan nilai jenama CUCKOO. Malah, kehadiran Lee Junho bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong dijangka dapat memperkukuhkan lagi usaha jenama ini dalam mendekati rakyat Malaysia.


Momentum Kerjaya Lee Junho

Pelantikan ini hadir pada waktu yang cukup cemerlang dalam kerjaya Lee Junho.

Selepas kejayaan global drama King the Land (2023), beliau terus mencuri perhatian menerusi siri Netflix Cashero (2025) serta drama tvN Typhoon Family yang menerima maklum balas positif.

Siri Cashero turut mencatat kejayaan apabila menduduki tangga pertama dalam kategori Global Top 10 Netflix (Bukan Bahasa Inggeris).

Sebagai pemenang empat kali anugerah ‘Daesang’, Lee Junho terus mengukuhkan statusnya sebagai pelakon ternama, termasuk pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seni Baeksang yang bakal berlangsung pada 8 Mei ini.


Apa Yang Bakal Dilihat Di Malaysia

Rakyat Malaysia bakal melihat kehadiran Lee Junho menerusi pelbagai papan iklan serta kandungan digital eksklusif di platform media sosial rasmi CUCKOO Malaysia.

Pengumuman ini juga menjadi permulaan kepada pelbagai kempen dan aktiviti interaktif yang akan mendekatkan jenama ini dengan pengguna dan peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CUCKOO Malaysia (@cuckoo_official)