Setelah sekian lama, Lee Min Ki akhirnya mencintai Jung So Min dalam tvN Because This is My First Life

Kehidupan rumah tangga tak selalunya indah belaka, ada didugai dengan berbagai ragam dan pancaroba. Ada yang berkahwin kerana cinta. Ada juga yang berkahwin kerana dijadikan sebagai teman hidup. Namun, drama tvN Because This My First Life tidak lebih dan kurang daripada itu. Ia menyediakan perspektif lebih terbuka tentang maksud perkahwinan yang seharusnya dimulai dengan cinta. Cinta mungkin berputik pertama kali sewaktu berkahwin, begitulah apa dapat dihayati melalui drama ini.

Nam Se Hee (Lee Min Ki) seorang  “nerd” yang eksentrik,  minat membela kucing, lebih mementingkan hal privasi diri, dan juga sukar untuk menunjukkan emosi  menjadikannya seorang yang agak anti-sosial di kalangan rakan-rakan sekerjanya. Satu hari, dia menjumpai seseorang yang begitu ngam dengan kehendak dan minatnya. Gadis yang periang dan berpendirian teguh itu dijadikan teman serumahnya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk melamarnya menjadi isterinya. Ironinya, mereka tidak langsung mencintai antara satu sama lain walaupun duduk serumah. Malah, perkahwinan mereka dijadikan lampiran di atas satu kontrak seolah-olah mereka sekadar antara tuan rumah dan penyewa yang tinggal serumah bersama-sama. Bagaimana mereka akan melayari rumah tangga yang sememangnya perlu berdiri atas dasar cinta?

Se Hee berlari “menyelamatkan” Ji Ho daripada genggaman Bok Nam.

Di sinilah, drama tvN Because This My Life membawa kita menyedari bahawa kefahaman, toleransi dan kesungguhan membawa kepada cinta selepas berkahwin. Se Hee yang berpendirian tak mau hubungan mesra tapi sebagai teman serumah pada awalnya telah terbuka hati menerima “cinta” daripada isterinya, Yoon Ji Ho (Jung So Min) setelah beberapa kali usaha dilakukannya. Ji Ho mula meminati Se Hee kerana selalu muncul ketika dia dalam keadaan kesusahan dan harga diri yang rendah. Contohnya, sewaktu dia dikecewakan lelaki yang disukainya, Se Hee datang  menghiburkan hatinya dengan kata-kata pujangga. Sewaktu Ji Ho hampir-hampir diperkosa sehingga menyebabkannya hilang pekerjaan, Se Hee menawarkannya duduk serumah dengan ikatan perkahwinan. Sewaktu Ji Ho hampir diserang, Se Hee menerpa dan menyelamatkannya.Perlakuan Se Hee yang dikatakan bukan dilahirkan kerana cinta ini  telah membuatkan Ji Ho semakin lama semakin mencintai Se Hee dengan sepenuh hati.

Ji Ho memberitahu kawan-kawannya bahawa dia mencintai Se Hee, impian yang dia cari selama ini.
Se Hee gembira bukan kepalang apabila Ji Ho datang menemuinya.

Antara perkara penting dalam sebuah perkahwinan ialah kefahaman dan toleransi. Se Hee dan Ji Ho sudah pun menyelami hati budi dan minat masing-masing sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan.  Se Hee mahu Ji Ho menghormati kehendaknya selaku tuan rumah dan sebagai ganti, Ji Ho boleh menduduki rumah itu bersama sebagai isteri yang sah dari segi undang-undang. Ji Ho menyedari sifat eksentrik suaminya dengan kata-katanya kadang-kadang menyakitkan hati, tapi dia bersabar dan menerimanya seadanya. Pada mulanya, Se Hee meletakkan benteng untuk mengelakkan mereka bermesra tak lebih daripada teman serumah dengan menyatakan dia tak selesa. Ji Ho terpaksa menerimanya tapi dalam masa yang sama juga menunjukkan protesnya. Ji Ho  buat endah tak endah apabila diajukan tentang hubungannya dengan seorang lelaki. Sifat ingin tahu Se Hee tentang hubungan Ji Ho dan Bok Nam (Kim Min Kyu) telah membuatkannya mula berwaspada dan mengambil berat tentang hidup Ji Ho di luar. Se Hee berlari-lari “menyelamatkan” Ji Ho daripada diserang Bok Nam. Situasi yang tak terjangka daripada Se Hee ini telah menyebabkan Ji Ho jatuh cinta terhadap suaminya dan diakui sendiri kepada kawan-kawan rapatnya. Kali ini, mereka mula berlapang dada dan menceritakan tentang hal peribadi sendiri.

 

Se Hee dangn rakus memulakan langkah mengucupi Ji Ho.
Se Hee dan Ji Ho ber’dating’ buat pertama kali.

Tapi, ia belum cukup lagi kerana hanya Ji Ho saja mencintai suaminya. Seperti seorang pemain pertahanan (defender) , Ji Ho merasakan dia perlu jadi pemain penyerang (striker). Ji Ho memaksa Se Hee yang begitu takjub dengan peraturan hidup, melakukan jua apa dia telah buat selama ini tanpa kerelaan sendiri. Se Hee bersetuju dan pergi menemui ibubapa Ji Ho, membantu menyiapkan kimchi. Se Hee kekalutan kerana dia tak pernah melakukan kerja-kerja berat selama ini tapi dia gembira kerana dapat menyiapkan “tugasan” mesti ditunaikan. Lagi-lagi, kehadiran Ji Ho di saat-saat terakhir membuatkan Se Hee terus tersenyum kegirangan. Kali ini, Se Hee dulu memulakan langkah mengucupi Ji Ho. Ji Ho tersedar bahawa Se Hee juga sudah mula mencintai dirinya. Kesungguhan ini telah memikat hati suaminya yang membatu dan buat hal sendiri berubah kepada seorang yang mula bertimbang rasa dan memikirkan perasaan orang lain.

Se Hee mengajak Ji Ho tidur bersama untuk pertama kali.

tvN Because This is My Life tak henti daripada itu saja. Se Hee mula belajar macammana untuk “berdating” dan memikat surihatinya pula. Tambahan lagi, penulis agak terkejut apabila Se Hee yang selalu menguncikan pintu biliknya datang tiba-tiba ke bilik Ji Ho menawarkannya untuk tidur bersama.  Apakah agaknya Se Hee akan lakukan terhadap Ji Ho selepas ini? Apa lagi kejutan bakal dibuat Se Hee terhadap Ji Ho? Tak sabar untuk saksikan drama ini yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa di cenel tvN.

Berikut ialah trailer untuk episod 13 esok.

https://web.facebook.com/tvNfirstlife/videos/504074359970361/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/tvNfirstlife/videos/504074359970361/” bottom=”30″]

loading...