Kumpulan vokal dan rap empat anggota dari LDH Japan, WOLF HOWL HARMONY dari EXILE TRIBE, akan membawa WOLF HOWL HARMONY LIVE & FAN MEETING TOUR 2025 BAKUON DREAM – FINAL – ke Asia Tenggara dengan persinggahan yang amat dinantikan di Bangkok, Thailand, pada hari Sabtu, 20 Disember 2025, bertempat di Thai Summit Tower.
Dikenali dengan vokal yang bertenaga, rap yang dinamik, dan kehadiran pentas yang memikat, WOLF HOWL HARMONY semakin mencuri perhatian di seluruh Asia. Peminat di rantau ini boleh menantikan pengalaman persembahan secara langsung yang tidak dapat dilupakan, menampilkan lagu-lagu kegemaran peminat, keluaran baharu, serta sesi interaktif Fan Meeting yang mempamerkan personaliti kumpulan dan hubungan mereka dengan penyokong.

Peminat juga boleh menantikan persembahan langsung single terbaru kumpulan, “Marmalade,” sebuah lagu yang mendapat perhatian ramai kerana melodinya yang catchy dan gaya tersendiri WOLF HOWL HARMONY. Bersama hits lain seperti “BAKUON -爆音-” dan “Frozen Butterfly,” lagu ini menambah lagi keterujaan persembahan di Bangkok, menjadikannya satu tontonan wajib bagi peminat lama mahupun pendengar baharu di Asia Tenggara.
Artikel berkaitan:
- WOLF HOWL HARMONY Buat Penampilan Pertama di Festival Muzik Terbesar Asia Tenggara dengan Persembahan Bertenaga
- Exclusive KMania Interview – WOLF HOWL HARMONY Shares the Story Behind Their New Single ‘Marmalade’
- Temubual Eksklusif KMania – WOLF HOWL HARMONY Kongsi Kisah Di Sebalik Single Terbaru ‘Marmalade’
“BAKUON DREAM” bukan sahaja meraikan muzik, tetapi juga hubungan erat antara WOLF HOWL HARMONY dengan peminat mereka yang semakin berkembang di Asia Tenggara. Bangkok menjadi titik penting bagi WOLF HOWL HARMONY, kerana ia merupakan persinggahan pertama mereka di luar Jepun yang berjaya memberi impak besar dan menarik minat peminat baharu di rantau ini.
Tiket kini boleh didapati melalui Ticketmelon. Ikuti perkembangan terkini dan intip di sebalik tabir dengan mengikuti WOLF HOWL HARMONY di:
-
Laman Web: https://wolfhowlharmony.jp/
-
Instagram: https://www.instagram.com/wolf_howl_harmony/
