Siap Sedia Untuk Jatuh Cinta Dengan Ahn Bo Hyun dan Lee Joo Bin Dalam Spring Fever di Prime Video

Prime Video hari ini mengumumkan pelancaran Spring Fever, sebuah siri komedi romantik Korea yang memikat, dibintangi oleh Ahn Bo Hyun (Flex X Cop, See You in My 19th Life, Yumi’s Cells) dan Lee Joo Bin (The Divorce Insurance, Twelve, Money Heist: Korea – Joint Economic Area). Siri ini akan mula ditayangkan pada 5 Januari, dengan dua episod baharu setiap minggu di lebih 240 negara dan wilayah, eksklusif di Prime Video.

Spring Fever, diarahkan oleh Park Won-gook dan ditulis oleh Kim Ah Jeong, menampilkan kisah cinta musim bunga yang hangat, mencairkan hati-hati beku antara Yoon Bom (Lee Joo Bin), seorang guru sekolah menengah yang berperangai dingin, dan Sun Jae Gyu (Ahn Bo Hyun), lelaki penuh semangat yang mengubah suasana sebuah kampung yang tenang.

Dengan barisan pelakon hebat seperti Ahn Bo Hyun, Lee Joo Bin, Cha Seo Won, Cho Jun Young, Lee Jae In, Jin Kyung, dan Bae Jung Nam, gabungan bakat ini menjadikan Spring Fever antara drama yang wajar dinantikan. Lebih mengujakan, drama ini menandakan kepulangan yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengarah Park Won-gook, yang sebelum ini mencuri perhatian penonton global menerusi siri Marry My Husband.

Sesi bacaan skrip turut didedahkan bersama gambar para pelakon untuk membangkitkan lagi keterujaan. Pengarah Park Won Gook, penulis Kim Ah-jeong, Ahn Bo-hyun (sebagai Sun Jae Gyu), Lee Joo Bin (sebagai Yoon Bom), Cha Seo Won (sebagai Choi I Jun), Cho Jun-young (sebagai Sun Han Gyul), Lee Jae In (sebagai Choi Se Jin), Jin Kyung (sebagai Seo Hye Suk), dan Bae Jung Nam (sebagai Jeong Jin Hyeok) berkumpul untuk membaca skrip bersama.

Ahn Bo Hyun benar-benar menghayati watak Sun Jae Gyu, seorang pembuat onar yang tidak dapat dijangka dan sentiasa menggemparkan kampung—serta merupakan bapa saudara kepada Sun Han Gyul (Cho Jun Young). Lakonannya yang ekspresif, timing komedi yang bersahaja, serta penggunaan dialek Busan menceriakan sesi tersebut dengan gelak tawa.

Lee Joo Bin pula berjaya menjiwai watak Yoon Bom, guru sekolah menengah yang sering mencetuskan rasa ingin tahu penduduk kampung dan menarik perhatian ramai. Dia membawa warna tersendiri dalam menggambarkan Yoon Bom, “guru luar” yang menyembunyikan hati lembut di sebalik sikap dinginnya. Tambahan pula, keserasian romantik-komedi antara Lee Joo Bin dan Ahn Bo Hyun benar-benar terserlah, mencetuskan jangkaan tinggi terhadap keserasian baharu yang bakal ditampilkan.

Cha Seo Won
Cho Jun Young
Lee Jae In

Cha Seo Won, Cho Jun Young, dan Lee Jae In turut memberikan impak tersendiri. Cha Seo Won menjelma sebagai Choi I Jun, seorang peguam elit yang kedudukannya di antara Jae Gyu dan Bom menambah elemen misteri. Cho Jun Young membawa watak Sun Han Gyul, pelajar terbaik di Shinsu High School dan satu-satunya anak saudara Jae Gyu, manakala Lee Jae In membawakan watak Choi Se Jin, pesaing Han Gyul dan “anti-fan” yang mengaku sendiri. Gabungan persaingan dan kisah cinta remaja mereka menjanjikan penceritaan yang hidup dan berwarna-warni.

Jin Kyung
Bae Jung Nam

Selain itu, barisan guru yang mencuri perhatian—termasuk Jin Kyung, Bae Jung Nam, Kim Beong Choun, Oh Man Seok, dan Jung Young Ki—turut memperkaya lagi pesona drama ini.

Ahn Bo Hyun berkata, “Drama ini menampilkan karakter dengan visual yang tak pernah saya lihat sebelum ini. Skripnya sangat menyeronokkan, dan saya tertarik untuk mencuba watak sebagai bapa saudara buat kali pertama serta menggunakan dialek. Saya rasa penonton akan menikmati drama penuh gelak ketawa ini.”

Lee Joo Bin menambah, “Pemandangan yang indah, suasana kampung yang menyegarkan, dan humor yang bersahaja benar-benar menyerlah. Bukan saja antara Jae Gyu dan Bom, tetapi juga keserasian nakal antara pelajar dan guru sangat menarik. Ada juga watak tersembunyi yang akan membuat penonton teruja untuk menantikannya nanti.”

Spring Fever menandakan kehadiran sebuah komedi romantik yang mampu menarik perhatian semua lapisan penonton. Dari pasangan utama yang berbeza karakter tetapi memikat, hinggalah kisah remaja sekolah menengah yang segar, drama ini penuh dengan daya tarikan.

Jangan lepaskan kisah cinta musim bunga yang hangat dalam Spring Fever, bermula 5 Januari di Prime Video, dengan episod baharu setiap Isnin dan Selasa.