Prime Video hari ini mengumumkan tarikh tayangan siri romantik komedi Korea baharu Surely Tomorrow, menampilkan Park Seo Joon (Itaewon Class, The Marvels, Jinny’s Kitchen) dan Won Ji An (Squid Game S2-3, HeartBeat, D.P.). Siri ini akan ditayangkan pada 6 Disember 2025, dengan episod baharu setiap Sabtu dan Ahad, secara eksklusif di lebih 240 negara dan wilayah.
Surely Tomorrow mengisahkan bekas kekasih, Lee Gyeong Do (Park Seo Joon) dan Seo Ji Woo (Won Ji An), yang mula jatuh cinta pada usia 20 tahun dan menyambung kembali hubungan mereka pada usia 28 sebelum berpisah. Bertahun-tahun kemudian, mereka bertemu semula — Gyeong Do kini seorang wartawan yang melaporkan skandal perselingkuhan, manakala Ji Woo ialah isteri kepada lelaki yang menjadi tumpuan skandal tersebut. Kisah mereka berkembang menjadi bab ketiga yang mengejutkan, di tengah latar belakang pengawasan masyarakat dan sejarah peribadi yang kompleks.
Poster pertama siri ini, menampilkan momen manis ketika Seo Ji Woo menaiki belakang Lee Gyeong Do. Wajah polos Ji Woo bersatu dengan pandangan hangat Gyeong Do, mempamerkan senyuman ceria yang menunjukkan kebahagiaan mereka hanya dengan bersama. Poster ini menangkap semangat cinta pertama mereka yang tidak dapat dilupakan dan memberi gambaran nostalgia tentang masa muda kedua-dua watak.

Pasukan produksi berkata, “Sepanjang sesi penggambaran poster, daripada pakaian, suasana, hingga ekspresi, terasa benar seperti melihat Lee Gyeong Do dan Seo Ji Woo pada zaman muda mereka. Apabila mereka bersama, kedua-dua watak bersinar lebih terang, dan dengan lakonan Park Seo Joon dan Won Ji An membawa kisah mereka hidup, kimia mereka dijangka akan membuat hati semua orang berdebar. Nantikanlah.”
Disutradarai oleh Lim Hyun-ook (King the Land, Reflection of You) dan ditulis oleh Yu Young-ah (Thirty-Nine, Divorce Attorney Shin), siri ini memadukan penceritaan menyentuh hati dengan sentuhan nostalgia, menangkap perjalanan manis pahit cinta, kehilangan, dan peluang kedua.
Surely Tomorrow menyertai ribuan siri dan filem lain dalam katalog Prime Video, termasuk Confidence Queen, Head Over Heels, GOOD BOY, The Divorce Insurance, Newtopia, No Gain No Love, serta anime popular seperti Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX, Jujutsu Kaisen 0, Rurouni Kenshin, dan Amazon Originals terkenal seperti Fallout, The Summer I Turned Pretty, Heads of State, G20, Another Simple Favor, You’re Cordially Invited, The Lord of the Rings: The Rings of Power, Reacher, dan The Boys.
Nota : Ahli Prime Video boleh menonton filem dan siri di mana sahaja dan bila-bila masa melalui ribuan peranti serasi. Dalam aplikasi Prime Video, ahli juga boleh memuat turun episod ke peranti mudah alih dan tablet untuk menonton secara luar talian tanpa kos tambahan. Di Malaysia, Prime Video tersedia dengan harga hanya RM25 sebulan.
