Siapa saja yang tidak mengenali pesona Chen Zhe Yuan, salah satu pelakon China yang kini sedang meniti popularitinya. Chen Zheyuan dikenali bukan sekadar kerana wajahnya yang tampan, tetapi juga kerana pesonanya yang tenang dan aura lembut yang terpancar di setiap lakonannya. Dalam setiap watak — sama ada sebagai Putera Feng Suige yang berwibawa atau Duan Jiaxu yang romantik — beliau berjaya membuat penonton merasai kejujuran emosi dan daya tarik yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.
Setelah dilantik sebagai Duta Global iQIYI International pada bulan Jun lalu, Chen Zheyuan kini bersedia untuk menemui para penontonnya di Malaysia!
Ketika penonton masih terbuai dengan pesona lakonannya sebagai Putera Feng Suige dalam drama popular Fated Hearts— membawa watak yang tegas tapi penuh kelembutan terhadap cinta sejatinya— Chen Zhe Yuan bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk bertemu para penonton secara lebih dekat dan mesra pada bulan Disember ini.
Pada 2 Disember 2025 (Selasa), Chen Zheyuan akan membuat kemunculan istimewa di Pavilion Kuala Lumpur menerusi acara iQIYI Starship 2025 Malaysia, yang dianjurkan oleh iQIYI. Para peminat bakal melalui sebuah pengalaman penuh makna apabila berhadapan dengan bintang popular yang akan memeriahkan suasana ibu kota dengan aura dan semangat positifnya.

Malaysia merupakan destinasi ketiga dalam siri jelajah promosi iQIYI Starship oleh Chen Zheyuan, selepas kejayaan acara di Bangkok dan Jakarta awal tahun ini. Sebagai Duta Global iQIYI International, Chen terus memainkan peranan penting dalam memperkenalkan karya-karya unggul berbahasa Cina kepada khalayak antarabangsa, sekali gus memperkukuh pengaruh dan jenama iQIYI di peringkat global.
Kunjungan kali ini juga menandakan lawatan pertama Chen Zheyuan ke Malaysia, di mana beliau bakal berinteraksi secara langsung dengan penonton serta peminat tempatan dalam suasana yang penuh mesra dan hangat. Bagi menyerikan lagi acara, iQIYI turut menampilkan Fu Yaning — pelakon, penyanyi dan artis iQIYI — sebagai tetamu persembahan khas, menambahkan lagi tenaga dan kemeriahan pada malam penuh bintang ini.
Butiran Acara iQIYI Starship 2025 Malaysia
Tarikh: Selasa, 2 Disember 2025
Lokasi: Pavilion Kuala Lumpur
Tetamu Khas: Duta Global iQIYI International Chen Zheyuan
Tetamu Persembahan: Fu Yaning
Sebagai ahli iQIYI Tahunan VIP, anda berpeluang menikmati akses eksklusif ke Zon Istimewa Acara iQIYI Starship 2025 Malaysia. Ikuti saluran media sosial rasmi iQIYI untuk mengetahui maklumat selebih lanjut.
Dengan senyuman lembut dan pesona tenangnya yang mudah memikat hati penonton, Chen Zheyuan kini dianggap antara bintang muda paling bersinar dalam dunia hiburan China. Popularitinya melonjak selepas kejayaan “Hidden Love” (2023) di mana dia menawan hati ramai peminat Asia dengan lakonan penuh kejujuran dan chemistry yang kuat bersama Zhao Lusi. Sejak itu, namanya menjadi sinonim dengan watak lelaki ideal — tenang, romantik, dan karismatik.
Kini, Chen Zheyuan kembali mencipta fenomena melalui drama terbaharunya, “Fated Hearts”, sebagai Putera Feng Suige di samping Li Qin. Siri ini sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai pelakon serba boleh, dengan jalan cerita yang menarik, gandingan yang serasi, serta pembawaan watak yang benar-benar meninggalkan kesan.
Dikenali dengan gelaran “Boyfriend of the Nation” oleh peminat, Chen Zheyuan bukan sekadar pelakon berbakat, malah ikon generasi baharu yang mencerminkan pesona lembut namun berwibawa. Kini, bintang itu bakal menemui peminat Malaysia secara langsung dalam acara iQIYI Starship Malaysia di Pavilion Kuala Lumpur pada 2 Disember 2025 — menandakan satu lagi detik istimewa buat peminat tempatan yang telah lama menantikan kehadirannya.

