Disney+ Hotstar Kini Akan Dikenali Sebagai Disney+ di Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia (3 Oktober 2025) – Bermula 9 Oktober, kuasa dan nilai jenama Hulu akan diperluaskan ke seluruh dunia apabila ia menjadi jenama Hiburan Am global di Disney+, menggantikan Star. Di Malaysia, Disney+ Hotstar akan dijenamakan semula sebagai Disney+.

Dengan kemas kini penjenamaan ini, para pelanggan boleh terus menikmati dan meneroka kandungan kegemaran mereka di Disney+, daripada hiburan am yang memenangi anugerah, program keluarga bertaraf dunia, hinggalah koleksi APAC Originals yang semakin berkembang. Hulu terkenal dengan siri asal yang ikonik, memenangi pelbagai anugerah, serta identiti warna hijau Hulu yang mudah dikenali.

Peminat di Malaysia boleh menantikan barisan kandungan menarik dari A.S., Korea dan Jepun yang bakal hadir di ruang Hulu pada Disney+. Antara judul yang sangat dinanti-nantikan termasuk:

  • All’s Fair, drama undang-undang penuh gaya dan berisiko tinggi karya Ryan Murphy, menampilkan barisan pelakon hebat yang diketuai Glenn Close, Kim Kardashian, dan Niecy Nash;
  • Would You Marry Me, komedi romantik Korea yang ringan dan menghiburkan lakonan Choi Woo-shik dan Jung So-min;
  • The Manipulated, thriller aksi Korea yang mendebarkan lakonan Ji Changwook dan Doh Kyungsoo;
  • WANDANCE, anime Jepun coming-of-age dengan visual yang memukau.

Senarai ini melengkapkan deretan siri global yang diiktiraf pengkritik seperti Grey’s Anatomy, Modern Family, Shōgun, High Potential, serta kandungan Korea dan Jepun kegemaran ramai termasuk Tempest, Nine Puzzles, The Judge from Hell, A Shop for Killers, Moving, dan Gannibal.

“Disney+ terkenal dengan koleksi kandungan paling digemari di Malaysia. Dengan Hulu sebagai jenama hiburan am baharu di Disney+, kami akan terus menyajikan penceritaan hebat yang tiada tandingan untuk seisi keluarga, rakan-rakan dan para peminat,” kata Vineet Puri, Naib Presiden dan Pengurus Besar, The Walt Disney Company Asia Tenggara.

Dengan ratusan filem, karya asal eksklusif, serta ribuan episod televisyen daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan kini Hulu, Disney+ menjadi destinasi penstriman utama untuk keluarga, rakan-rakan dan peminat meneroka dunia baharu serta kisah-kisah yang mempesona.