Masih Dalam Fiksyen — HIGHLIGHT Tulis Bab Baharu Bersama B2UTY LIGHT Malaysia

널 붙잡을게 (Fiction in Fiction in Fiction)
놓지 않을게 (Fiction in Fiction in Fiction)
끝나지 않은 너와 나의 이야기 속에서 오늘도 In Fiction.”*
(Ireohke nan ddo / Kkeunhji mothago / Nae gaseum sog-e kkeut naji anheul iyagil sseugo isseo
Neol butjabeulge / Nohji anheulge / Kkeut naji anheun neowa naui iyagi sogeseo oneuldo in Fiction)

“Again, I write an unfinished story inside my heart —
where you and I remain, in this never-ending fiction.”

(Sekali lagi, aku menulis kisah yang belum berakhir dalam hatiku —
di mana kau dan aku terus kekal, dalam fiksyen yang tak pernah tamat.)

“Fiction”, BEAST (2011)

Seperti helaian cerita yang tak pernah berpenghujung, kisah antara HIGHLIGHT dan peminat mereka terus ditulis semula — kali ini di Kuala Lumpur. Setelah lapan tahun menanti, empat lelaki yang pernah menggoncang hati generasi K-pop itu kembali berdiri di pentas yang sama, tetapi dengan jiwa yang lebih matang dan cahaya yang lebih tenang. “Masih dalam fiksyen,” kata hati peminat yang menyaksikan mereka malam itu — kerana setiap lagu, setiap senyuman, seolah membawa kembali bab lama yang pernah mereka hidupkan bersama. Namun, dalam kisah baharu ini, HIGHLIGHT dan B2UTY LIGHT Malaysia tidak lagi sekadar watak dalam kenangan — mereka adalah penulis bersama kepada bab seterusnya yang penuh makna.

Selepas 8 tahun penantian, akhirnya impian jadi kenyataan!

Penantian panjang peminat K-pop di Malaysia akhirnya terbayar apabila kumpulan idola kesayangan, HIGHLIGHT, kembali semula ke pentas tempatan. Kehadiran mereka bukan sekadar konsert, tetapi momen bersejarah yang membawa semula memori indah sejak lawatan terakhir mereka pada 2017.

Pada 27 September 2025, Idea Live Arena menjadi saksi kepada pertemuan penuh bermakna antara HIGHLIGHT dan peminat mereka, B2UTY LIGHT Malaysia. Sejak pengumuman awal bahawa Kuala Lumpur akan menjadi destinasi terakhir jelajah Asia HIGHLIGHT [RIDE OR DIE] 2025, peminat menyambut berita ini dengan penuh keterujaan.


Persembahan Bermula

Konsert dibuka seawal jam 4.30 petang dengan lagu “Chains”, “Switch On”, dan “Stay”. Saat Yoon Dujun, Yang Yoseob, Lee Gikwang dan Son Dongwoon muncul di pentas, sorakan peminat memenuhi seluruh dewan. Aura mereka jelas tidak pernah pudar.

Setlist diteruskan dengan “Shadow” dan “Sad Movie” sebelum sesi perkenalan. HIGHLIGHT turut membawa peminat mengimbau era BEAST dengan menyanyikan lagu ikonik mereka dalam versi penuh, lengkap dengan bahagian rap yang kini diambil alih oleh Dujun dan Gikwang. Detik ketika mereka melaungkan “1, 2, 3 – HIGHLIGHT imnida!” selepas lapan tahun benar-benar menggamatkan arena.

Ucapan Pembukaan Buat Peminat

  • Dongwoon: “Akhirnya kami kembali ke Malaysia setelah kali terakhir pada 2017. Harap semua enjoy malam ini.”

  • Yoseob: “Saya dengar ramai yang nak tengok Lights Go On Again bersama-sama. Jom cipta memori macam dalam movie, sebab ia takkan pudar.”

  • Dujun: “Disebabkan ini show terakhir kami, jom enjoy sampai maximum malam ni!”

  • Gikwang: “Konsert kami bertajuk RIDE OR DIE. Apa pun terjadi, kita akan tetap bersama.”


Seleksi Lagu: Nostalgia & Emosi

Konsert diteruskan dengan “Shadow” dan “Sad Movie” sebelum sesi perkenalan ringkas bersama peminat. Lebih istimewa, HIGHLIGHT membawakan lagu-lagu ikonik dari era BEAST dalam versi penuh lengkap dengan bahagian rap, yang kini diisi oleh Dujun dan Gikwang. Saat mereka melaungkan, “1, 2, 3 – HIGHLIGHT IMNIDA!”, dewan sekali lagi gamat dengan sorakan selepas lapan tahun kalimat itu dirindui.

Antara detik paling menyentuh hati ialah ketika lagu-lagu balada seperti “On Rainy Days (비 오는 날엔)”, “12:30”, “Endless Ending”, serta kemunculan semula dua lagu lagenda, “Fiction” dan “Shock”. Saat “On Rainy Days” dimainkan, seluruh arena menyanyi bersama-sama. Yoseob bahkan menanggalkan earphone untuk mendengar suara peminat Malaysia secara langsung, dengan wajah jelas terharu.

Fanchant padu dari B2UTY LIGHT Malaysia benar-benar menggegarkan dewan, terutama ketika lagu “Shock”. Energi peminat menjadikan suasana konsert semakin luar biasa — benar-benar satu momen yang tidak akan dilupakan.

Interaksi Santai

Selain persembahan, HIGHLIGHT turut beramah mesra dengan peminat. Mereka mengakui sangat menyukai Malaysia dan berjanji akan kembali lagi. Mereka juga berkongsi pengalaman mencuba makanan tempatan — Yoseob memuji laksa, Dongwoon jatuh hati dengan satay, Gikwang menyebut teh tarik “padu”, manakala Dujun menikmati bak kut teh.

Lebih istimewa, ketika mempersembahkan lagu “Endless Ending”, mereka menjadikan KLCC sebagai sebahagian daripada latar visual pentas, lalu sempat bertanya kepada peminat sama ada mereka mengenalinya.


Persembahan Memukau & Kenangan Abadi

Vokal Yoseob yang lantang, alunan matang Dongwoon, serta rap bertenaga Dujun dan Gikwang membuktikan HIGHLIGHT masih gah seperti dahulu. Penonton turut menzahirkan rasa hormat apabila sepanjang konsert mereka menyanyi dengan penuh semangat tetapi tetap kekal berdisiplin dan profesional.

HIGHLIGHT berulang kali memuji crowd Malaysia yang dianggap “mantap” dan penuh energy. Mereka juga menyatakan rasa terharu kerana peminat bukan sahaja hadir ke konsert, malah menyambut mereka di lapangan terbang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)


Tirai Penutup

HIGHLIGHT [RIDE OR DIE] 2025 di Kuala Lumpur menjadi penutup bermakna selepas menjelajah Taipei, Macau, Manila, Tokyo, dan Bangkok. Persembahan mereka bukan sahaja mengembalikan nostalgia, tetapi juga mencipta memori baru yang akan terus hidup di hati peminat.

Malam itu berakhir dengan satu janji — bahawa Malaysia akan sentiasa menjadi destinasi istimewa buat HIGHLIGHT dan mereka akan kembali lagi ke negara ini!

💡🩶 Thank you HIGHLIGHT for giving Malaysian LIGHT & B2UTY the most unforgettable memory. That night will stay in our hearts forever — we will always RIDE OR DIE with you.

Apresiasi Buat LIGHT & B2UTY Malaysia

Terima kasih juga diucapkan kepada kelab peminat HIGHLIGHT di Malaysia (you know who you are!) atas usaha gigih korang yang sanggup turun padang memastikan setiap peminat menikmati pengalaman terbaik. Dari photobooth, freebies eksklusif, video khas buat HIGHLIGHT, billboard ads, hinggalah perkhidmatan shuttle bus yang disediakan secara sukarela — semuanya menjadi bukti betapa eratnya ikatan antara HIGHLIGHT dan peminat mereka.

Inisiatif penuh kasih sayang ini bukan sahaja menyerikan suasana konsert, malah mencerminkan semangat komuniti LIGHT & B2UTY Malaysia yang sentiasa bersatu hati menyokong idola kesayangan sejak era BEAST hingga kini. 🌟

Terima Kasih Pihak Penganjur

Ucapan terima kasih khusus wajar diberikan kepada pihak penganjur, GME International, dengan kerjasama B Wiil Entertainment dan Sunny Side Up, kerana berjaya merealisasikan impian peminat untuk menyaksikan HIGHLIGHT kembali ke Malaysia selepas lapan tahun. Usaha gigih mereka sejak dari pengumuman awal konsert sehinggalah ke malam penuh nostalgia itu berjalan dengan begitu lancar dan memberi impak besar kepada semua yang hadir.

Sebagai bonus, pihak media turut diberi kebebasan penuh tanpa sebarang sekatan dalam menjalankan liputan — sesuatu yang amat dihargai. Bagi penulis yang juga merupakan peminat HIGHLIGHT, layanan mesra daripada pihak penganjur benar-benar meninggalkan kesan mendalam. Ditambah pula dengan sistem audio dan pencahayaan yang berkualiti tinggi serta pengalaman keseluruhan yang begitu teratur, konsert ini sememangnya menjadi momen yang sukar dilupakan.

Semoga pihak penganjur terus berusaha membawa HIGHLIGHT kembali ke Malaysia pada masa akan datang, agar peminat dapat sekali lagi merasai kehangatan persembahan mereka.

🎶 HIGHLIGHT – RIDE OR DIE in Kuala Lumpur Setlist

Kredit X @hlxnews

Untuk lebih banyak video HIGHLIGHT [RIDE OR DIE] 2025 di Kuala Lumpur , serta mengikuti perkembangan terkini dunia hiburan Korea, jangan lupa Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagram , TikTok dan Youtube.!