Rasmi, Yoon Ji Yoon tidak lagi bersama izna.
Pada 19 Ogos, agensi WAKEONE mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Yoon Ji Yoon akan meninggalkan kumpulan tersebut kerana masalah kesihatan.
Berikut kenyataan penuh WAKEONE:
“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong izna. Kami ingin memaklumkan mengenai aktiviti masa depan ahli Yoon Ji Yoon.
Setelah mempertimbangkan dengan teliti, Ji Yoon memutuskan untuk menamatkan aktivitinya sebagai ahli kumpulan. Sejak awal tahun ini, Ji Yoon sudah memberi tumpuan kepada rehat dan pemulihan, dan sepanjang tempoh itu pihak syarikat serta Ji Yoon telah berbincang panjang mengenai arah kerjaya beliau. Hasil perbincangan itu, kami bersetuju bahawa kesihatan adalah keutamaan, dan Ji Yoon akan menarik diri daripada aktiviti berkumpulan.
Mulai sekarang, izna akan meneruskan perjalanan mereka sebagai kumpulan enam ahli.
Kami memohon maaf di atas berita mengejut ini dan akan berusaha sebaik mungkin agar izna dapat membalas sokongan peminat dengan persembahan yang hebat.
Kami berharap peminat terus memberikan sokongan dan kasih sayang kepada izna dalam perjalanan mereka seterusnya.”
Untuk rekod, Yoon Ji Yoon debut bersama izna pada November 2024 selepas muncul dalam program survival Mnet I-LAND 2. Pada Februari lalu, beliau telah menghentikan aktivitinya buat sementara waktu kerana masalah kesihatan.
Semoga yang terbaik buat Yoon Ji Yoon di masa hadapan! 🌸
Sumber : 1