Cetus Fenomena dengan “Friendly Rivalry”, HYERI Bakal Temui Peminat Malaysia Buat Pertama Kali Ogos Ini!

“2025 HYERI FANMEETING TOUR – Welcome to HYERI’s STUDIO” Singgah di Kuala Lumpur pada 17 Ogos

Pelakon dan artis serba boleh Korea Selatan, Lee Hye-ri atau lebih dikenali sebagai Hyeri, bakal bertemu peminat Malaysia buat julung kalinya menerusi siri jelajah Asia bertajuk “2025 HYERI FANMEETING TOUR – Welcome to HYERI’s STUDIO”. Selepas kejayaan persembahan di Korea, Jepun dan Macau, Kuala Lumpur menjadi destinasi seterusnya bagi bintang kesayangan ramai ini.

Sesi fan meeting istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Ahad), jam 7:00 malam di Zepp Kuala Lumpur. Ini merupakan penampilan sulung Hyeri di Malaysia — peluang eksklusif untuk peminat melihat pesonanya secara langsung, bukan lagi hanya di kaca skrin!

Fenomena “Friendly Rivalry” Lonjak Populariti Hyeri di Seluruh Dunia

Tahun 2025 merupakan detik bermakna buat Hyeri yang kini menyambut ulang tahun ke-15 dalam dunia seni. Popularitinya semakin mencanak menerusi drama hit Netflix, “Friendly Rivalry”, di mana beliau memegang watak Yoo Jae-yi — seorang pelajar genius dengan personaliti kompleks. Wataknya yang berbeza daripada imej manis sebelum ini menampilkan sisi lakonan Hyeri yang lebih matang dan mendalam, mencuri perhatian penonton global dan melonjakkan jumlah pengikutnya di Instagram melebihi 10 juta.

Hyeri mula mencipta nama sebagai ahli termuda kumpulan K-pop Girl’s Day pada 2010. Namanya terus melonjak apabila menyertai rancangan variasi Real Men (2014), yang memberikannya gelaran mesra “Adik Kebangsaan”. Tahun berikutnya, lakonannya sebagai Sung Deok-sun dalam Reply 1988 meletakkannya di puncak populariti, mencatat rating tertinggi dalam sejarah drama kabel Korea ketika itu, serta membuka jalan untuk kerjayanya sebagai pelakon yang diiktiraf.


Fan Meeting Penuh Emosi dan Momen Istimewa

Fan meeting ini bukan sekadar persembahan — ia adalah satu bentuk penghargaan Hyeri buat para peminat yang setia menyokongnya sepanjang perjalanan kerjayanya. Hyeri kini sedang giat membuat persiapan bagi memastikan peminat Malaysia bakal menikmati malam yang penuh makna, tawa, dan kenangan indah.

“2025 HYERI FANMEETING TOUR – Welcome to HYERI’s STUDIO in Kuala Lumpur” dianjurkan oleh Wan Xing International Entertainment Culture dan diselaras oleh Aunix Studio.


Maklumat Tiket

Tiket untuk 2025 HYERI FANMEETING TOUR – Welcome to HYERI’s STUDIO in Kuala Lumpur akan mula dijual pada 8 Julai 2025 (Selasa), jam 11.00 pagi secara eksklusif di laman web my.bookmyshow.com .

Harga tiket (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4, caj transaksi sebanyak RM10.00 bagi setiap transaksi dan SST 8%).) adalah seperti berikut:

• RM498
• RM598
• RM698
• RM798

Pelan kedudukan dan harga tiket
Faedah peminat

📌 Nota Penting: