Drama “Study Group” bakal kembali dengan musim kedua!
Ditayangkan pada Januari lalu dan diadaptasi daripada webtoon popular dengan nama yang sama, “Study Group” ialah drama aksi-komedi berlatarbelakangkan sekolah menengah. Ia mengisahkan Youn Ga Min (lakonan Hwang Minhyun), seorang pelajar yang bercita-cita untuk cemerlang dalam pelajaran, tetapi hanya mempunyai bakat dalam berlawan. Di sebuah sekolah yang terkenal sebagai antara yang paling teruk, dia menubuhkan satu kumpulan belajar dan menyertai dunia mencabar peperiksaan masuk ke universiti.
Pada 8 Mei, syarikat produksi Studio Dragon menyenaraikan pengesahan musim kedua “Study Group” sebagai antara pencapaian utama dalam pembentangan kewangan suku pertama 2025 mereka. Mereka juga memaklumkan sedang mempertimbangkan format baharu seperti “interquel” — iaitu penceritaan tambahan yang berlaku di antara dua musim — sekali gus menimbulkan lebih banyak rasa ingin tahu dalam kalangan peminat.
Kemudian pada 12 Mei, wakil Studio Dragon mengesahkan kepada media bahawa “Musim kedua ‘Study Group’ kini sedang dalam peringkat awal perancangan,” memberi bayangan besar bahawa drama ini bakal kembali. Buat anda yang masih belum menonton drama ini, ianya tersedia untuk tontonan di Viu Malaysia dan ONE TV Asia Astro Ch393 dan Astro Go.
Teruskan mengikuti perkembangan terkini!