Drama terbaru MBC, Crushology 101, kongsikan beberapa sebab menarik kenapa anda patut tunggu tayangan perdana drama ini!
Berdasarkan webtoon popular, Crushology 101 ialah drama romantik yang mengisahkan perjalanan cinta pelajar universiti Ban Hee Jin (lakonan Roh Jeong Eui), yang digelar “Bunny.” Selepas kisah cinta pertamanya berakhir dengan teruk, Hee Jin tiba-tiba didekati beberapa lelaki kacak yang muncul dalam hidupnya.
Berikut tiga sebab kenapa anda perlu menontonnya:
1. Keserasian barisan pelakon
Dibintangi Roh Jeong Eui, Lee Chae Min, Jo Joon Young, Kim Hyun Jin, dan Hong Min Ki, drama ini menampilkan barisan pelakon muda yang serasi dan bertenaga. Ramai peminat dah tak sabar nak lihat bagaimana keserasian mereka menambahkan warna dalam cerita ini.
2. Cinta yang buat jantung berdebar
Bunny, pelajar terbaik dalam Jabatan Seni Arca di Universiti Yein, kecewa selepas putus cinta dengan kekasih pertamanya. Tapi selepas itu, dia mula rapat dengan empat lelaki berbeza—Hwang Jae Yeol (Lee Chae Min), Cha Ji Won (Jo Joon Young), Jo Ah Rang (Kim Hyun Jin), dan Jin Hyun Oh (Hong Min Ki). Masing-masing ada keistimewaan tersendiri, dan mereka membuatkan Bunny belajar erti sebenar cinta. Siapakah yang akan menjadi teman lelaki Bunny?
3. Watak yang tampan dan memikat
Selepas kecewa dengan cinta pertama, Bunny dah nekad untuk tidak bercinta lagi. Tapi segalanya berubah apabila empat lelaki kacak muncul dalam hidupnya, seolah-olah dari dunia fantasi. Dengan rupa dan daya tarikan luar biasa, setiap seorang berjaya memikat hati Bunny dengan cara tersendiri.
Watak-watak menarik ini, ditambah pula dengan latar suasana kampus yang segar dan penuh semangat anak muda, pasti akan buat anda teringat semula detik cinta pertama.
Crushology 101 akan mula ditayangkan pada 11 April jam 9:50 malam (KST) dan boleh ditonton di Viu Malaysia.
Sumber : 1