Senarai Siri Korea Menarik di Disney+ Hotstar untuk Menemani Percutian Korang

Cuba anda bayangkan situasi sebegini: malam yang dingin, dan setelah seharian sibuk, yang anda inginkan hanyalah selimut hangat, sudut tenang, dan hiburan yang mampu menghilangkan semua tekanan. Anda duduk di kerusi kegemaran, secawan teh panas di tangan, bersedia untuk melangkah ke dunia di mana gelak tawa dan cerita santai menjadi peneman.

Kalau anda cari hiburan yang menyegarkan minda, Disney+ Hotstar ada pelbagai pilihan siri Korea yang sempurna! Bukan sekadar drama romantis dan kisah kekeluargaan, tetapi juga siri variety yang penuh jenaka dan cabaran yang menghiburkan. Daripada kisah cinta dan persahabatan yang menyentuh hati hinggalah ke rancangan variety yang membuatkan anda tergelak besar, berikut adalah beberapa pilihan hiburan lengkap untuk anda nikmati:

Dengan drama yang penuh emosi dan rancangan variety yang membawa keseronokan, siri-siri ini pasti memberi anda pelarian yang menenangkan daripada kesibukan dunia nyata.

1. Jeongnyeon: The Star is Born

Jika peluang seakan tak memihak pada anda, adakah anda akan tetap berjuang demi impian? Bagi Jeongnyeon, seorang gadis biasa dengan tekad luar biasa, tiada apa yang mampu menghalangnya untuk menjadi bintang persembahan terbaik di Korea.

Berlatarbelakangkan Korea pasca-perang, siri ini mengikuti perjalanan Jeongnyeon yang hidup susah bersama ibunya di Mokpo, menjual kerang demi menyara kehidupan. Namun, segalanya berubah apabila sebuah persembahan dari Maeran Women’s Gukgeuk-dan menyentuh hatinya, membakar impiannya untuk menjadi seorang bintang.

Dengan tekad yang tidak mengenal batas, Jeongnyeon menyusup masuk ke dalam kumpulan tersebut sebagai pelatih, di mana dia bertembung dengan pesaing terhebatnya, Youngseo — seorang artis berbakat yang mahir menyanyi, berlakon, dan menari.

Ini bukan sekadar kisah ‘dari susah ke senang’. Dengan standard yang begitu tinggi ditetapkan oleh Youngseo, mampukah Jeongnyeon menghadapi cabaran tersebut dan merealisasikan impiannya untuk bersinar dalam dunia opera klasik wanita Korea?

2. Seoul Busters

Pasukan polis dikenali kerana menjaga ketenteraman, meskipun sering berdepan dengan situasi yang penuh kekacauan. Namun, dalam Seoul Busters, Bahagian Pembunuhan Songwon mempunyai reputasi tersendiri — dan sayangnya ia bukannya reputasi yang bagus! Pasukan ini terkenal dengan prestasi yang biasa-biasa dan sikap “asal boleh.”

Semuanya berubah apabila ketua baru, Dongbang Yu-Bi, seorang yang berkarisma dan penuh cita-cita, tiba. Ketika berhadapan dengan kumpulan detektif yang unik dan kurang motivasi, Yu-Bi sedar bahawa mengubah pasukan ini menjadi yang terbaik memerlukan kesabaran, kreativiti, dan humor yang tinggi!

Ikuti perjalanan penuh tawa ini, dengan pelbagai cabaran tak terduga, di mana keseimbangan antara ketenteraman dan kekacauan terungkap dengan cara yang paling menghiburkan!

3. My Name is Gabriel

Dalam My Name Is Gabriel, bintang-bintang terkenal diberi peluang untuk hidup sebagai orang lain selama 72 jam, benar-benar merasai kehidupan yang lebih sederhana.

Terpisah dari rakan, keluarga, dan pengurus, beberapa bintang terkenal Korea, termasuk Jennie Kim, Dex, Ji Chang Wook, dan Yeom Hye Ran, dihantar ke Chiang Mai, Chongqing, Guadalajara, dan Dublin. Mereka cuba menyesuaikan diri dengan rumah baru, tinggal bersama keluarga baru, dan melakukan pekerjaan orang lain. Sertai mereka dalam perjalanan yang membuka mata ini, yang penuh dengan gelak tawa dan pengembaraan!

4. Are You Sure?!

Perhatian kepada semua ARMY — siap sedia untuk menyaksikan ikatan kuat antara maknae BTS, Jimin dan Jungkook, dalam rancangan realiti perjalanan mereka!

Dirakam selepas persembahan Jungkook yang tular di Good Morning America, Are You Sure?! membawa Jimin dan Jungkook menerokai tiga destinasi menakjubkan: New York, Jeju, dan Sapporo.

Dengan lapan episod yang menampilkan mereka menikmati makanan, membeli-belah, memasak, berkhemah, dan berkanu sepanjang perjalanan, peminat pasti tidak mahu terlepas sebarang momen. Anda juga boleh menontonnya setiap hari, tujuh hari seminggu!

5. SEVENTEEN TOUR ‘FOLLOW’ AGAIN

Berita baik untuk CARATs! Kini anda boleh bawa keseronokan konsert terus ke skrin anda dengan SEVENTEEN TOUR ‘FOLLOW’ AGAIN. Sudah bersedia untuk malam yang dipenuhi dengan suasana positif dan kehidupan yang lebih baik?

Dirakam di Stadium Piala Dunia Seoul, rancangan ini menampilkan kesemua 13 ahli kumpulan yang disayangi, mempersembahkan lagu hit terbaru mereka “MAESTRO” serta persembahan unit eksklusif untuk “Spell”, “LALALI”, dan “Cheers to Youth”. Dengan rakaman dari pelbagai sudut, peralihan menakjubkan dari senja ke malam membolehkan peminat merasai keajaiban malam yang tidak akan dilupakan ini berulang kali!

6. The Judge From Hell

The Judge from Hell ialah drama fantasi romantik yang menampilkan Park Shin Hye sebagai Kang Bit-Na, seorang iblis dari neraka yang merasuki tubuh seorang hakim elit dengan wajah yang menawan. Sebagai iblis, tugas utamanya adalah menghukum individu-individu jahat yang menyebabkan kematian orang lain tanpa penyesalan, lalu menghantar mereka ke neraka.

Namun, hidupnya berubah apabila dia bertemu Han Da-On (lakonan Kim Jae-Young), seorang detektif yang berperibadi lembut dan penuh empati tetapi menyimpan luka yang tidak diketahui sesiapa. Dengan fikiran yang tajam dan kepekaan yang tinggi, Han Da-On sering berhadapan dengan realiti yang lebih kejam daripada neraka itu sendiri. Pertemuan mereka membawa Kang Bit-Na dalam perjalanan untuk memahami erti menjadi seorang hakim sejati.

7. The Tyrant

The Tyrant adalah sebuah drama aksi thriller yang bermula apabila sampel terakhir dari “Tyrant Program” hilang akibat kesilapan penghantaran, mencetuskan perebutan antara pelbagai kumpulan dengan motif tersendiri untuk sama ada mendapatkan atau memusnahkan sampel tersebut.

Cha Seung Won membintangi sebagai Im Sang, bekas ejen yang ditugaskan untuk menghapuskan sesiapa yang terlibat dengan program itu. Kim Seon Ho pula melakonkan watak Pengarah Choi, dalang tidak rasmi di sebalik program tersebut dengan kaitan kepada agensi kerajaan. Sementara itu, Kim Kang Woo membawa watak Paul, seorang pemburu tegar yang berusaha mencuri sampel tersebut. Drama ini menjanjikan ketegangan yang mendebarkan antara setiap watak dengan rancangan mereka masing-masing.

8. The Zone: Survival Mission 3

The Zone: Survival Mission adalah rancangan varieti Disney+ di mana ahli pelakon mencuba untuk bertahan dalam situasi ekstrem yang menggambarkan bencana yang mungkin berlaku di masa depan. Musim ketiga rancangan ini akan menampilkan Yoo Jae Suk, Yuri dari Girls’ Generation, Kim Dong Hyun, dan Dex.

Keempat-empat mereka akan menghadapi pelbagai cabaran, termasuk zombi, lopak gam yang melekit, dan teka-teki dalam lapan situasi yang tidak dijangka. Dengan cabaran yang lebih sukar dan menghiburkan, keterujaan serta aksi lucu mereka semasa bekerjasama pasti akan menjadi hiburan istimewa bagi penonton.

Bersiaplah untuk berselimut dengan selimut yang hangat, kerana kini ada lebih banyak siri Korea yang menarik untuk ditonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar!

loading...