Impikan Trip Ke Korea? KyoChon 1991 Sedia Merealisasikan Impian Anda

 KyoChon 1991, jenama pilihan utama untuk ayam goreng  Korea yang autentik, dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi menarik bersama Korea  Tourism Organization (KTO) sebagai sebahagian daripada Kempen Pelancongan Korea rasmi.  Kerjasama ini menawarkan peluang hebat kepada rakyat Malaysia untuk memenangi percutian  ke Korea untuk dua orang! 

Sebagai sebahagian daripada kempen “Koreans’ Korea”, KyoChon 1991 Malaysia memberi  peluang kepada pelanggan untuk memenangi tiket ke Korea, di mana pemenang boleh merasai  pengalaman dunia K-pop, meneroka lokasi ikonik dan romantis dari K-Drama kegemaran  mereka, serta menikmati pengalaman kulinari yang telah menjadikan makanan Korea sensasi  global. Kempen ini menampilkan cara hidup rakyat Korea hari ini — daripada menikmati kopi di  kafe-kafe ‘trendy’ di setiap sudut, hingga berkongsi ayam goreng Korea bersama rakan sekerja  selepas bekerja. Ia adalah jemputan kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keajaiban  sebenar Korea! 

 

Cara Menyertai:  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KyoChon 1991 Malaysia (@mykyochon)

Bagi meraikan kerjasama ini, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan sampel percuma Wingettes  & Drumettes istimewa mereka di kedai terpilih di Lembah Klang dan Johor setiap hujung minggu  sehingga 4 November 2024. Kempen ini akan bermula di Kampus Lakeside Taylor’s, Subang Jaya,  di mana pelajar dan pengunjung boleh menikmati rasa percuma dan mempelajari lebih lanjut  mengenai peraduan ini dari 17 hingga 18 Oktober 2024, 11 pagi – 2 petang. Jangan lepaskan  peluang lazat ini untuk menikmati rasa asli Korea dan mengetahui mengapa KyoChon 1991  merupakan jenama ayam goreng #1 kegemaran di Korea Selatan. 

loading...