Asian Television Awards kali ke-29 umum senarai pencalonan

Anugerah Televisyen Asia (ATA), yang ditubuhkan pada tahun 1996, merupakan acara anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri televisyen di Asia. Dengan matlamat untuk meraikan karya luar biasa dalam penyiaran, pengeluaran, dan pengacaraan, ATA menawarkan pelbagai kategori termasuk drama, berita, rancangan hiburan, dan dokumentari, serta anugerah khas untuk pengacara, pengarah, dan produksi yang cemerlang.

Proses penilaian dijalankan oleh panel juri profesional yang berpengalaman, memastikan setiap penyertaan dinilai dengan teliti. Anugerah ini bukan hanya memberi penghargaan, tetapi juga platform bagi pembuat kandungan untuk mempromosikan karya mereka, sekaligus meningkatkan kualiti produksi dalam industri televisyen Asia.

Tahun ini, Anugerah Televisyen Asia ke-29 akan diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 29 dan 30 November 2024. Program yang layak untuk dipertandingkan adalah yang disiarkan, dibekalkan melalui kabel, atau dimuat naik secara dalam talian buat kali pertama di rantau Asia Pasifik dari 1 Julai 2023 hingga 30 Julai 2024.

Berikut adalah calon-calon dari Malaysia, Korea dan China bagi kategori drama dan rancangan varieti.

Best Drama Series

  • SBS “Flex X Cop”
  • JTBC “The Atypical Family”
  • JTBC “Doctor Slump”
  • iQIYI “War of Faith”
  • iQIYI “To The Wonder”

Best Entertainment (One-Off or Annual)

  • tvN “Apartment 404”

Best Music Program

  • MBC “The Song Stealer”
  • Mnet “I-LAND2”
  • iQIYI “The Big Band 3”
  • Dragon TV “Singing with Legends Season 5”

Best Actor In A Leading Role

  • Cheng Yi – “Mysterious Lotus Casebook” (iQIYI)

Best Actor In A Leading Role

  • Wu Jin Yan – “The Double” (Youku)
  • Zhou Xun – “Imperfect Victim” (iQIYI)
  • Ma Sichun – “Islands” (Tencent Video)
  • Xu Fan – “Islands” (Tencent Video)

Best Cinematography (Drama or Fiction)

  • Pil Gam Sung – TVING “A Bloody Lucky Day”

Best Scriptwriting

  • Park Ji Eun – tvN “Queen of Tears”
  • Liu Fang, Wang Wei, Li Huimin, Cheng Yu – iQIYI “Mysterious Lotus Casebook”
  • Ma Shi-Ge, Yang Zhou – Youku “The Double”
  • Zhang Wei – Zhejiang Satellite “A Journey to Love”
  • Gao Xuan, Ren Baoru – iQIYI “Imperfect Victim”

Best Theme Song

  • Byeon Woo Seok – tvN “Lovely Runner”
  • Cyndi Wang – Youku “The Double”
  • Zhou Shen – Tencent Video “Alliance”

Best Extended Reality Project

  • MBC “Meeting You 4: Thirteen into Sixteen”
  • ASTRO AWANI  “6 NEGERI MEMILIH : Analisis Keputusan Tidak Rasmi dan Rasmi”

Best Original Digital Entertainment Program

  • TVING “EXchange 3”

Best Digital Fiction Program / Series

  • Youku – “My Boss”
  • Tencent Video – “The Legend of Heroes – Hot Blooded”
  • iQIYI International (Malaysia) – “The Blessing”

Best Original Digital Drama Series

  • Tonton – “SeOfis”
  • Zhejiang Satellite – “A Journey to Love”
  • iQIYI – “Imperfect Victim”

Untuk senarai penuh pencalonan, anda boleh semak di SINI

loading...