Kim Woo Bin dan Suzy terharu Lee Jong Suk hantar trak kopi sebagai tanda sokongan ke set pengambaraan

Lee Jong Suk menunjukkan sokongan manis kepada rakan-rakan pelakonnya, Suzy dan Kim Woo Bin!

Pada 31 Ogos, Kim Woo Bin dan Suzy memuat naik gambar di Instagram untuk mengucapkan terima kasih kepada Lee Jong Suk yang telah menghantar sebuah trak kopi dengan penuh perhatian ke set penggambaran drama terbaru mereka, “All The Love You Wish For” (tajuk kerja).

Mereka juga memuat naik gambar mereka bersama trak tersebut dan menyebut tentang projek-projek lama mereka dengan Lee Jong Suk. Lee Jong Suk terkenal dengan wataknya dalam “School 2013” bersama Kim Woo Bin pada tahun 2013 dan “While You Were Sleeping” bersama Suzy pada tahun 2017.

Kim Woo Bin, merujuk kepada Lee Jong Suk dengan nama watak dalam “School 2013”, menulis, “Terima kasih, Nam Soon.” Suzy pula memanggil Lee Jong Suk dengan nama watak dalam “While You Were Sleeping”, menulis, “Terima kasih, Jae Chan.”

Memang Lee Jong Suk ini sejenis kawan yang sangat baik. Umum juga mengetahui, bahawa hubungan Lee Jong Suk dan Kim Woo Bin agak rapat setelah keduanya membintangi “School 2013” dan sering menghabiskan masa bersama.

Lihat gambar-gambar Kim Woo Bin dan Suzy bersama trak yang dihantar oleh Lee Jong Suk di bawah!

loading...