Golden Child kini dengan 7 ahli selepas 3 yang lain tinggalkan kumpulan dan agensi

Bomin, TAG dan Jibeom akan meninggalkan Golden Child dan Woollim Entertainment.

Pada 27 Ogos, agensi Golden Child, Woollim Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello, ini Woollim Entertainment.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Goldenness atas kasih sayang dan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi untuk Golden Child.

Kami baru-baru ini memperbaharui kontrak dengan lima ahli Golden Child: Lee Jangjun, Bae Seungmin, Bong Jaehyun, Kim Donghyun dan Hong Joochan.

Berdasarkan kepercayaan mendalam yang telah kami bina selama ini dengan Lee Jangjun, Bae Seungmin, Bong Jaehyun, Kim Donghyun, Hong Joochan, Lee Daeyeol dan Y, kami tidak akan menyia-nyiakan pelaburan dan sokongan penuh kami sehingga aktiviti baru para ahli dapat bersinar di masa mendatang.

Selepas perbincangan yang teliti, kami telah bersetuju bahawa kontrak pengurusan kami dengan TAG, Kim Jibeom dan Choi Bomin akan berakhir hari ini. Kami sangat berterima kasih kepada mereka bertiga kerana telah lama bersama kami dan mendoakan yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan.

Golden Child (Lee Daeyeol, Y, Lee Jangjun, Bae Seungmin, Bong Jaehyun, Kim Donghyun, Hong Joochan) akan meneruskan aktiviti mereka sebagai kumpulan dengan 7 ahli dan akan menyapa para peminat melalui projek kumpulan dan individu.

Kami memohon sokongan dan dorongan berterusan anda untuk tujuh ahli Golden Child.

Terima kasih.

Golden Child memulakan kerjaya pada 28 Ogos 2017 dengan album mini pertama mereka ‘GOL-CHA’, dan lagu utama ‘DamDaD’i. Pada 26 Januari 2022, kumpulan itu membuat debut Jepun mereka dengan single ;A Woo!!’.

Dalam diskografi Korea mereka, Golden Child itu telah mengeluarkan enam album mini, tiga album single, dua album repackaged dan dua album penuh. Album single ketiga mereka, ‘Feel Me’, telah dikeluarkan pada 2 November 2023. Antara lagu hits mereka adalah seperti ‘Genie’, ‘Without You’, ‘Wannabe’, ‘Ra Pam Pam’ dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, Daeyeol telah memasuki tentera pada Mac 2022 dan telah menamatkan perkhidmatannya pada September tahun lalu, manakala Y memulakan khidmat tentera pada Mac 2023 dan tamat perkhidmatannya pada September ini.

Selamat maju jaya buat semuanya!

Sumber : 1

loading...