Tiada jodoh – Lee Kyu Han dan Youjoung akhirnya berpisah

Lee Kyu Han dan Youjoung telah memutuskan hubungan mereka.

Pada 26 Ogos, sebuah media melaporkan bahawa bekas ahli BBGIRLS Youjoung dan pelakon Lee Kyu Han baru-baru ini telah berpisah.

Menjawab laporan itu, agensi Youjoung R&D Company dan agensi Lee Kyu Han BILLIONS (dahulunya BLADE Entertainment) masing-masing mengumumkan, “Memang benar mereka berdua berpisah baru-baru ini. Mereka telah memutuskan untuk terus menyokong satu sama lain di masa hadapan.”

Terdahulu, pada September tahun lalu, Youjoung dan Lee Kyu Han mengesahkan bahawa mereka secara positif sedang mengenali hati budi satu sama lain. Kedua-duanya berkenalan buat pertama kali menerusi rancangan pelbagai KBS2 “Rustically: In the Secret Island” tahun lalu.

Lee Kyu Han membuat debutnya menerusi drama “Start” pada tahun 1996 dan muncul dalam pelbagai drama termasuk “My Lovely Sam Soon,” “Listen to My Heart,” ‘Graceful Family,,’ dan “Longing for You.”

Manakala Youjoung memulakan kerjaya sebagai ahli Brave Girls pada 2016. Dia meneruskan aktiviti kumpulannya dengan nama kumpulan baharu BBGIRLS selepas semua ahli menandatangani kontrak eksklusif dengan Warner Music Korea, tetapi Youjoung akhirnya meninggalkan kumpulan itu pada April tahun ini.

Selamat maju jaya buat kedua-dua mereka.

Sumber : 1

loading...