Mulakan siri jelajah konsert “Let’s Vacay” di Seoul, kini Kim Sung Kyu siap sedia untuk konsert solo pertamanya di Malaysia pada 10 dan 11 Ogos ini

Kim Sung Kyu, ketua kumpulan K-pop terkenal INFINITE, secara rasmi telah memulakan jelajah konsertnya yang dinantikan, “Let’s Vacay.” Setelah pelancaran yang sensasi di Seoul baru-baru ini, Sung Kyu kini bersiap sedia untuk membawa konsert solo pertamanya ke Malaysia pada hari Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Sung Kyu turut membawa faedah tambahan ekslusif untuk peminat, khususnya pembeli tiket VIP hari pertama yang berpeluang mendapat kad foto bertandatangan, manakala pembeli tiket VIP hari kedua berpeluang menerima Polaroid bertandatangan.

Sung Kyu tidak sabar bertemu peminat-peminat di Malaysia dan berkongsi momen yang tidak akan dapat dilupakan bersama mereka dalam dua konsert berturut-turut ini.

Tiket untuk Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur boleh didapati di laman web www.etix.my dengan harga RM788 (VIP), RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada bayaran pemprosesan RM4 dan transaksi RM10.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur untuk dua hari berturut-turut itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi Promoter 43 Entertainment – Facebook 43ent dan Instagram 43_ent. Bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, peminat dinasihatkan agar mendapatkan tiket daripada pihak yang telah dipertanggungjawab sahaja.

loading...