Taemin siap sedia untuk persembahkan konsert solo pertamanya “Ephemeral Gaze” di Kuala Lumpur pada September ini

Maknae SHINee, Taemin, secara rasminya telah mengumumkan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 7 September dan negara ini juga akan menjadi bandar pertama yang beliau akan kunjungi di luar negara selepas konsertnya di Seoul.

Putera K-Pop, penyanyi solo berbakat, Taemin dengan bangganya mengumumkan siri jelajah solo dunia pertamanya yang sangat dinantikan, 2024 TAEMIN World Tour “Ephemeral Gaze” di Kuala Lumpur. Dianjur oleh Masa Entertainment, konsert ini dijadualkan berlangsung pada 7 September (Sabtu) jam 7 PM di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam, Selangor.

Sejak debutnya pada tahun 2008, Taemin pernah mengunjungi Malaysia bersama ahli SHINee sempena Anugerah Golden Disk pada tahun 2013 dan sebagai tetamu istimewa untuk Formula One Petronas Malaysia Grand Prix pada tahun 2015. Namun kedatangan Taemin pada 7 September ini menandakan kali pertama beliau hadir secara solo sempena konsert solo pertamanya di Malaysia.

Taemin memulakan debut pada usia 14 tahun, mempamerkan bakat tarian luar biasanya sebagai penari utama SHINee. Menjelang tahun 2012, Taemin telah menunjukkan kebolehan vokalnya yang mengagumkan dan mula mengambil peranan sebagai vokalis utama kumpulan. Sepanjang kariernya, beliau telah muncul dalam beberapa drama, menyumbangkan suara kepada watak-watak dalam filem animasi, dan menyanyikan runut lagu bagi drama Korea. Pada 18 Ogos 2014, Taemin secara rasmi memulakan karier solonya dengan mengeluarkan album mini pertamanya “ACE.” Pada tahun 2021, beliau menjadi artis termuda yang mencapai kejayaan dengan mengeluarkan album selama 13 tahun berturut-turut (termasuk album SHINee).

Taemin kemudian menyertai Big Planet Made Entertainment pada April 2024 dan memulakan cabaran baru dengan imej segar. “Ephemeral Gaze” adalah siri jelajah dunia solo pertama Taemin SHINee dan merupakan hadiah yang paling istimewa buat TAEMate di seluruh dunia.

“Ephemeral Gaze” bermaksud pandangan sekilas, menyatakan bahawa Taemin tetap setia kepada dirinya sendiri walaupun dengan pelbagai perspektif. Untuk siri jelajah ini, Taemin akan mempersembahkan lagu-lagu dari album mini solo terbarunya, “Eternal” yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 19 Ogos ini untuk dipersembahkan kepada TAEMate Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan konsert Taemin!

Penjualan Tiket dan Faedah Peminat

Keistimewaan untuk semua TAEmate yang menjadi ahli rasmi kelab peminat FROMM, layak menyertai pra-jualan tiket awal. Pra-jualan FROMM bermula pada 2 Ogos (Jumaat) dari jam 11 AM hingga 11:59 PM, dan jualan tiket umum akan bermula pada 5 Ogos (Isnin) jam 11 AM menerusi my.bookmyshow.com . Harga tiket adalah seperti berikut RM 948 (VIP Berdiri), RM 818 (PS1), RM 698 (PS2), RM 518 (PS3) dan RM 398 (PS4).

  • Setiap transaksi terhad kepada 4 tiket sahaja (Jualan Umum)
  • Semua zon berdiri akan beratur mengikut nombor kelompok sebelum masuk pada hari acara
  • Semua zon tempat duduk akan diberi nombor

Peminat diingatkan untuk mendapatkan tiket dari pihak yang berwajib sahaja bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini. Untuk maklumat lanjut tentang tiket dan konsert, ikuti media sosial Masa Entertainment di Facebook, Instagram dan X.

Foto diambil dan diberi kredit pada KCON LA 2024

loading...