Kim Seon Ho, Cha Seung Won, dan Kim Kang Woo terjerat dalam insiden yang sama namun dengan motif berbeza dalam “The Tyrant”

Drama Disney+ Hotstar akan datang, “The Tyrant” telah berkongsi foto baharu Cha Seung Won, Kim Seon Ho dan Kim Kang Woo!

“The Tyrant” merupakan drama aksi kejar – mengejar yang berlaku selepas sampel terakhir projek yang dipanggil ‘Tyrant Program’ hilang kerana kecuaian penghantaran. Ini mencetuskan rantaian kejar-mengejar yang melibatkan individu dengan motif berbeza, yang mana masing-masing bersaing untuk mendapatkan sampel tersebut. “The Tyrant” ialah siri drama pertama pengarah Park Hoon Jung dan dibintangi oleh Cha Seung Won, Kim Seon Ho, dan Kim Kang Woo, yang mana beliau pernah bekerjasama dalam projek lain sebelum ini.

Cha Seung Won, yang sebelum ini membintangi filem Park Hoon Jung “Night in Paradise”, memainkan watak Im Sang, bekas ejen perisikan yang ditugaskan untuk menghapuskan semua halangan kepada “Tyrant Program”. Sifat kejam Im Sang berbeza sekali dengan penampilannya yang kemas dan sikap sopan. Mengenai peranannya sebagai Im Sang, Cha Seung Won berkata, “Saya ingin menyampaikan dualiti melampau Im Sang.”

 

Kim Seon Ho, yang sebelum ini bekerja dengan pengarah Park Hoon Jung untuk filem “The Childe,” mengambil watak Pengarah Choi, seorang ejen elit yang berjuang untuk melindungi “Tyrant Program” sehingga tamat. Mengenai sebab dia memilih untuk membintangi “The Tyrant,” Kim Seon Ho mengulas, “Tidak seperti peranan yang saya lakonkan setakat ini, watak ini suram dan kesepian, jadi saya mahu menyahut cabaran itu.”

Kim Kang Woo, yang juga membintangi “The Childe,” memegang watak sebagai Paul, ejen rahsia dari agensi perisikan asing yang dihantar untuk mencuri “Tyrant Program.” Paul akan mempamerkan sifat kejam dan tanpa belas kasihan yang akan menambah ketegangan kepada drama, dan pelakon Kim Kang Woo berkongsi bahawa Paul mempunyai personaliti yang dingin dan jauh lebih kejam dan oenuh teliti daripada watak yang dimainkannya dalam “The Childe.”

“The Tyrant” akan ditayangkan pada 14 Ogos ini di Disney+ Hotstar.

Sumber : 1

loading...