Rain, Kim Ha Neul, dan ramai iagi ucap selamat tinggal kepada penonton dan “Red Swan”

Barisan pelakon “Red Swan” telah berkongsi ucapan terakhir mereka!

“Red Swan” mengisahkan Oh Wan Soo (Kim Ha Neul), seorang bekas pemain golf professional yang memasuki dunia kelas atasan apabila dia berkahwin dengan pewaris Kumpulan Hwain. Selepas nyawanya terancam akibat pergaduhan sengit berkaitan pewaris, Wan Soo harus bersemuka dengan rahsia keluarga Hwain disebabkan pengawal peribadinya, Seo Do Yoon (Rain).

Spoiler

Foto yang baru dikeluarkan menunjukkan Oh Wan Soo dengan kesan darah, memberi bayangan keseriusan kejadian di Daejeong Palace. Ekspresi ketakutannya merakamkan suasana sengit di sekeliling peristiwa itu.

Pita kuning polis dan kereta peronda di luar Daejeong Palace juga menunjukkan bahawa sesuatu yang serius telah berlaku. Ekspresi cemas kakitangan menambah misteri yang terjadi di Daejeong Palace dan apakah kebenaran di sebalik tembakan yang kedengaran pada tengah malam.

Sementara itu, Kim Ha Neul menyatakan rasa terima kasihnya kepada penonton dengan berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih setulus hati kerana anda telah memberikan kasih sayang kepada ‘Red Swan.’ Ini tandatangan Oh Wan Soo.”

Rain, yang memainkan watak pengawal peribadi Seo Do Yoon dan mempamerkan lakonan serta kemahiran yang mengagumkan dalam adegan aksinya, juga berkata, “Terima kasih kepada semua yang telah menyokong ‘Red Swan’.”

Jung Gyu Woon, yang memegang watak sebagai pewaris Yong Guk, menunjukkan rasa sayang yang mendalam terhadap wataknya dengan berkata, “Terima kasih kerana menikmati ‘Red Swan’. Terima kasih, Yong Guk.”

Seo Yi Sook, yang memegang watak pengerusi Park Mi Ran, mengulas, “Jika anda menikmati persembahan itu, ia membuatkan kami gembira dan penuh bermotivasi. Terima kasih tidak terhingga kepada pelakon, krew, penonton dan Disney+ kerana menjadikan segalanya mungkin.”

Akhir sekali, Ki Eun Se, yang memegang watak sebagai tetamu yang tidak diundang Jang Tae Ra, menyatakan penghargaannya dengan berkata, “Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan hidup sebagai Tae Ra daripada ‘Red Swan’. Terima kasih kerana menonton bersama kami sehingga tamat.”

Kepada anda yang belum lagi menonton “Red Swan”, ada boleh terus strim drama ini di Disney+ Hotstar Malaysia. Jika anda merindukan watak aksi daripada Rain, ini mungkin hadiah yang menarik buat anda.

Sumber : 1

loading...