[Terkini] CDrama “The Double” bakal tambah episod ekstra terbaru bagi memenuhi kehendak penonton

CDrama “The Double” yang sedang hangat ditayangkan ketika ini, bakal membuat penambahan episod ekstra terbaru sekaligus menjadikan jumlah sebenar melebihi 40 seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Perkara ini telah disahkan oleh producer merangkap pengarahnya. Para pelakon dan krew juga sedang bersiap-sedia untuk menjalani penggambaran. Tentang adegan-adegan baru yang dilakonkan tersebut masih dirahsiakan, namun timbul persoalan mengenai plot pengakhiran yang mungkin diolah dan tidak menyamai seperti diadaptasi selama ini daripada novel.

Terdahulu, pihak produksi dikecam netizen gara-gara mengambil keputusan memendekkan masa tayangan bagi setiap episod kepada 45 minit lantaran amaran daripada pihak kerajaan akibat terlepas pandang tentang peraturan tempoh masa yang dikhaskan untuk setiap episod drama web di samping terpaksa meminda jadual penayangan beberapa buah episod setiap hari bagi membolehkan suntingan dapat dilakukan. Luahan netizen tersebut ditunjukkan menerusi komen-komen yang diajukan ke atas platfom rasmi Youku menerusi hashtag #Youku’s responds to The Double’s Episodes Reductions#.

Cdrama “The Double” yang diadaptasi daripada novel web “Marriage of The Di Daughter” hasil nukilan Qian Shan Cha Ker, berkisarkan tentang anak perempuan seorang majistret, Xue Fang Fei yang hilang segala-galanya termasuklah hilang ‘kehormatan’, dikhianati suami dan ditanam dihidup-hidup tanpa pembelaan. Suatu hari, beliau diselamatkan oleh Jiang Li, anak perempuan kepada Ketua Setiausaha Istana (bertaraf perdana menteri) dan mengambil identitinya untuk kembali semula. Dengan bantuan Duke Xiao Heng dan lain-lain, Jiang Li berjaya menangani kepayahan, menegakkan keadilan, menyelamatkan mereka yang tertindas selain membantu Xiao Heng mencapai matlamat yang diaturkannya bersama Maharaja Negeri Yan. 

Selama ditayangkan sejak 2 Jun 2024, The Double berjaya meraih rating yang sangat tinggi di platfom Youku sekaligus menjadikannya drama bertemakan purba yang popular dengan kritikan positif untuk tahun ini selepas “Joy of Life 2” dan “The Legend of Shenli”. Drama yang dilakonkan oleh Wu Jin Yan (“Story of Yanxi Palace”) dan Wang Xing Yue (“Story of Kunning Palace”,”Amidst of Snowstorm”) ini boleh ditonton menerusi aplikasi Youku. “The Double” juga tersedia untuk tontonan di Astro GO, setiap Isnin-Jumaat di mana episode baharu akan dikemaskini pada 12 tengah malam setiap hari. Pelanggan penstriman Netflix turut berpeluang untuk menonton “The Double” menerusi platform tersebut.

loading...